RASMI: JDT Sedia Terima Bidaan Dari Portugal Untuk Safawi

Johor Darul Ta’zim mengesahkan bahawa penyerang sayap mereka dibida secara rasmi oleh kelab Portugal.

Sebelum ini berlegar cerita bahawa Safawi Rasid menarik minat kelab Portimonense S.C.

Portimonense S.C beraksi dalam liga utama Portugal pada musim 2019/20. Namun tersingkir ke divisyen dua untuk musim hadapan bersama dengan CD Aves.

Namun kelab tersebut dikekalkan divisyen. Ini selepas 2 kelab yang gagal mengemukakan dokumen kewangan yang menepati piawaian oleh liga.

Vitoria Setubal dan CD Aves disingkirkan ke divisyen 3 musim hadapan kerana gagal dalam laporan mereka.

Keputusan drastik menyingkirkan mereka ke divisyen ketiga kerana mereka melanggar isu regulasi berkaitan dengan kewangan dan perlesenan.

Ini bermakna Portimonense SC akan kekal beraksi di liga utama.

Laporan dari Portugal menyatakan bahawa kelab tersebut telah lama memantau perkembangan Safawi Rasid.

Dalam usaha mereka ingin bangkit semula selepas kempen yang hambar musim ini. Portimonense S.C merasakan Safawi Rasid adalah pemain yang menepati kehendak pasukan mereka.

Berita tentang Safawi Rasid mendapat tawaran daripada kelab Portugal itu disahkan oleh JDT menerusi kenyataan rasmi oleh Pengarah Sukan JDT iaitu Martin Prest.

Namun JDT tidak dapat mendedahkan lebih lanjut tentang butiran bidaan tersebut kepada umum.

JDT turut menyatakan sedia untuk menerima tawaran yang baik itu bagi melihat Safawi meneruskan kariernya di Eropah.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin mengesahkan bahawa kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal.”

“Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dan dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.”

“Kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan.”

Safawi Rasid merupakan pemain penting JDT musim lalu. Beliau juga merupakan pemain penting Harimau Malaya.

Safawi memecah masuk slot sebagai pemain Harimau Malaya pada usianya yang masih muda. Dan menjadi salah seorang penggempur terbaik di ASEAN pada ketika ini.

Jika menjadi kenyataan bermakna Safawi akan berdepan dengan bintang bintang di Primera Liga Portugal dari pasukan gergasi seperti Porto, Sporting Lisbon dan Benfica.

Ini bukan pertama kali pasukan daripada liga utama di Portugal memantau bakat anak muda Malaysia.

Beberapa tahun yang lalu, kelab Bierar Mar. Namun karier Nazmi di Portugal tidak lama dan kembali semula ke Malaysia.

Dipetik daripada Astro Awani, Nazmi menyatakan alasan utama beliau kembali adalah kerana masalah kewangan.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di