Remaja Singapura Rembat RM42.9K Dalam 8 Bulan Dengan ‘Scam’ Foodpanda

Seorang remaja berusia 17 tahun di Singapura telah membuat duit senang dengan scam Foodpanda.

Reamaja itu ditahan kerana kesalahan menipu pesanan Foodpanda yang berjumlah lebih SGD14,000. Jumlah tu kira kira RM42,920.00.

Polis menerima aduan daripada Foodpanda pada 21 Ogos. Di mana para penghantar makanan mereka dipercayai sudah ditipu kerana seringkali gagal menghantar makanan kepada seorang pelanggan.

Pelanggan yang sama akan mengajukan komplen dan meminta wangnya dikembalikan.

Media tidak boleh mendedahkan nama pesalah itu, kerana dia masih pesalah Juvana sebagaimana termaktub dalam Akta Kanak Kanak dan Orang Muda Singapura.

Pada 25 Julai remaja itu membuat tuntutan refund bernilai S$51.35 kerana menurutnya dia tak mendapat barang yang dia pesan berupa satu pek anggur, enam pek susu berperisa, satu pek Kellogg’s cornflakes, snek Mamee Monster, potato chips dan cereals bar.

Tuntutan itu diluluskan dan dia menerima S$51.35 daripada Foodpanda.

Selepas mendapati ada perkara yang tak kena, Foodpanda membuat laporan polis. Dan hasil siasatan, remaja itu dapat semua barang dia pesan, tetapi dia mengemukakan laporan dan aduan palsu.

Ini adalah kesalahan berat sebagai kes pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu.

Selepas siasatan dilakukan, pihak mahkamah mendedahkan bahawa budak remaja itu sebenarnya sudah melakukan penipuan yang jauh lebih besar daripada disangka.

Di mana dia mengaut wang berjumlah S$14,000 dalam masa lebih 8 bulan hasil daripada penipuan itu.

Remaja itu dibenarkan ikat jamin berjumlah S$15,000 dan akan kembali semula ke mahkamah pada 22 September hadapan.

Dalam kenyataan pihak polis, mereka mengesahkan remaja itu ditahan pada Isnin. Jika sabit kesalahan, remaja itu boleh dipenjara sehingga 10 tahun serta denda.

Channel News Asia cuba mendapatkan komen daripada Foodpanda, namun pihak mereka enggan memberikan komen lanjut.

Kenali secara ringkas Foodpanda

Foodpanda ialah sebuah syarikat penghantaran makanan mudah alih dari Jerman yang beribu pejabat di Berlin, Jerman.

Ianya kini sudah berada di 10 buah negara. Perkhidmatan ini membenarkan pengguna untuk memesan dah menempah makanan dari restoran dan kedai makan tempatan melalui aplikasi telefon juga dari laman sesawang.

Kumpulan Foodpanda diasaskan oleh Ralf Wenzel, Rohit Chadda, Ben Bauer, Felix Plog pada tahun 2012.

Perniagaan Foodpanda di Singapura dilancarkan oleh Lukas Nagel dan Rico Wyder.

Penjenamaan semula

Pada 1 November 2017, Foodpanda jenama semula daripada warna jingga ke merah jambu dengan logo yang dikemas kini di serata dunia.

Walaupun logo panda mereka dikekalkan di wajah jenama, ia diubah suai dengan penampilan yang lebih bulat dan lebih “moden”.

Menurut syarikat tersebut, logo baharu ini bertujuan untuk jadi lebih mudah diingati orang ramai. Tambahan pula, gaya fon (font) Foodpanda juga ditukarkan kepada fon yang lebih terkini dan kontemporari, sehaluan dengan impian baharu mereka. Merah jambu juga warna istimewa syarikat beradik, foodora.

Penjenamaan semula ini dilaksanakan serata dunia di 190 bandar merangkumi 11 buah negara (kecuali India di mana perniagaan mereka dijual kepada Ola Cabs) termasuklah Singapura, Malaysia, Hong Kong, Filipina, Taiwan dan Thailand.

Baca yang lain