Ingat Royston Drenthe? Wonderkid Real Madrid Yang Kini Muflis Di Usia 33 Tahun

Kalau korang peminat bola sepak era pertengahan 2000-an, nama Royston Drenthe pasti korang kenal.

Prodigy yang dianggap bakal bintang besar di masa depan oleh media sehingga menarik perhatian Real Madrid untuk mendapatkannya.

Drenthe menjadi bualan ramai selepas prestasi cemerlangnya bersama dengan Feyenoord. Pemain yang pantas dan berskil di atas padang.

Oleh kerana kehebatannya, maka Drenthe menyertai Real Madrid pada usianya 20 tahun. Dan 13 tahun kemudian beliau diisytihar muflis dan kehilangan £3.2 juta.

Selepas kegemilangan pada awal 20-an, 11 tahun kemudian dia mengecapi karier bola sepak profesional terakhirnya dengan bermain untuk Baniyas di UAE.

Ya, memang dia bergelut untuk menjadi pemain yang menepati harapan ramai pihak.

Drenthe menukar angin daripada bermain bola sepak kepada dunia hiburan termasuk dalam dunia lakonan dan juga muzik. Namun masalahnya, kariernya seninya juga hambar dan tidak ke mana.

Pada usianya, 33 tahun, Drenthe kemudian kembali semula ke arena bola sepak, menyertai kelab divisyen ketiga Belanda, Kozakken Boys.

Malangnya, dia dikejar oleh surat mahkamah di Breda untuk pendengaran status muflisnya.

Drenthe berkata kepada voetbalzon: “Saya tak tahu apa sebenarnya berlaku. Namun pandangan saya tak penting.”

“Saya sentiasa berada di bawah kanta [perhatian media], namun saya akan cuba selesaikannya.”

Drenthe merupakan sebahagian daripada pasukan muda yang dianggap prospek cerah pasukan Belanda oleh media Eropah sebagai bakal membentuk generasi emas baharu.

Mana taknya, pasukan B-21 Belanda ketika itu yang dibintangi Drenthe turut ada nama seperti Ryan Babel, Maceo Rigters dan Daniel de Ridder.

Malang sekali, kesemua nama itu tidak dapat menjadi pemain yang benar benar berada di kemuncak tertinggi.

Dalam tempoh lima tahun di Real Madrid, Drenthe, yang dibeli dengan harga £ 11 juta. Namun selepas itu beliau dipinjamkan ke Hercules dan Everton yang dilihat isyarat bahawa masa depannya di Bernabeu sudah tiada.

Ketika di England, Drenthe menjaringkan tiga gol dalam 21 penampilan di bawah kendalian David Moyes, tetapi itu tidak mencukupi.

Disipilin merupakan perkara yang jelas menjadi masalah ketika di Everton. Lantas dia tidak mendapat tawaran kontrak tetap di Everton.

Drenthe bergaduh dengan David Moyes dalam satu insiden yang membuatkan dia tidak dimahukan lagi.

“Saya selalu berhadapan dengan David Moyes, dan beranggapan saya berhak untuk berbicara dengannya seperti itu. Tetapi di sebaliknya, dia seringkali betul tentang saya,” katanya kepada wartawan.

“Sekarang saya tidak percaya saya meledakkan karier saya di Everton. Ini adalah salah satu kelab paling hebat di Liga Perdana Inggeris. Sikap dan mental saya yang lemah adalah sebab saya merosakkan karier saya di sana.”

Selepas berkarier di Everton, pemain sayap itu bergabung dengan pasukan Rusia, FC Spartak Vladikavkaz setelah kontraknya tamat di Madrid pada 2012, tetapi berakhir dengan bencana, dengan hanya membuat enam penampilan.

Tidak mengejutkan, Drenthe kembali ke England dengan Reading pada tahun 2013, dan kemudian bergabung dengan Sheffield Wednesday dengan status pinjaman pada tahun 2014, tetapi kedua-duanya tidak berjaya.

Pada tahun yang berikutnya, Drenthe berjaya berpindah ke pasukan Turki, Kayseri Erciyesspor pada jendela perpindahan Januari 2015.

Walaupun menjaringkan tiga gol dalam 11 perlawanan, dia meninggalkan kelab enam bulan kemudian, bergabung dengan kelab Baniyas yang berpangkalan di Abu Dhabi – dan hanya bertahan beberapa bulan.

Drenthe baru berusia 29 tahun ketika dia menyatakan dia “muak dengan semua hal di dunia bola sepak” dan bersara lalu fokus kepada dunia hiburan. Dia menjadi rapper dengan merilis single debutnya Paranoia.

Drenthe melancarkan tiga lagu lagi dalam beberapa bulan, dan mendapat ribuan tontonan di YouTube.

“Muzik adalah sebahagian hidup saya. Ketika saya berada di dalam kereta dan ada 10 atau 15 minit tanpa muzik, saya selalu mula berfikir ‘apa yang hilang.”

“Sebelum perlawanan saya mesti mendengarkan lagu, itu sangat penting bagi saya. Tanpa muzik, sukar untuk pergi [dan bermain].”

Selepas berkarier dalam bidang muzik, Drenthe juga beralih ke bidang lakonan, di mana dia telah membintangi siri TV gangster Belanda, Mocro Maffia.

Kisah luar biasa, namun nampaknya perpindahan ke dalam muzik dan lakonan tidak terbukti menguntungkannya. Pada usianya, 33 tahun dia berharap akan bangkit. Namun terbaru kariernya dilanda ombak sekali lagi kerana dikejar bank.

Beliau kembali semula ke lapangan bola sepak dan menyertai Racing Murcia. Namun kariernya di Murcia hanyalah untuk meniti hari hari terakhir sebagai pemain bola sepak profesional.

Dia kini berdepan dengan masalah berat badan.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di