Penyerang Poland Klaim Dirinya Kini Setaraf Messi Dan Ronaldo, Jemput Mereka Datang Ke Mejanya

Penyerang Bayern Munich, dan asal Poland, Robert Lewandowski telah dinobatkan sebagai pemain terbaik FIFA 2020.

Pencapaiannya telah menyebabkan Lewandowski menegaskan bahawa dia kini setaraf dengan dua pemain terbaik di dunia, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Lewandowski lega beliau berjaya mendapat gelaran itu sambil menyatakan bahawa dia adalah individu paling wajar mendapat gelaran tersebut.

Walaupun pada musim pandemik dan diadakan secara virtual, Lewandwoski tetap menganggap prestij anugerah beliau terima tetap sama dan tiada bezanya.

Pemain Poland memberitahu, dia adalah pemain yang konsisten setiap musim. Cuma perhatian umum selalu ada pada Ronaldo dan Messi.

Jadi pemain seperti Lewandowski seolah olah tidak begitu menjadi sorotan oleh media.

Tetapi pada musim ini, Lewandowski mampu tampil sebagai bintang terbaik dunia.

Dia membanatu Bayern memenangi treble dengan Liga Jerman, DFB Pokal dan juga Liga Juara-Juara Eropah.

Sepanjang musim lalu, beliau menjaringkan 55 gol untuk Bayern Munich dalam semua pertandingan.

Jadi, tidak hairanlah kenapa beliau menjadi pemain pilihan utama. Namun Lewandowski tetap bimbang anugerah itu akan menjadi milik sama ada Messi ataupun Ronaldo.

Lewandowski berkata:

“Messi dan Ronaldo sudah lama duduk di meja sama, di puncak, dan itulah yang membuat mereka tidak dapat ditandingi,” kata Lewandowski kepada Goal.

“Jadi untuk menjawab soalan itu, saya tidak dapat membayangkan berada di sebelah mereka dari sudut ini,” tambahnya.

“Boleh dikatakan, jika anda mengambil angka untuk tahun ini dan bahkan sebelumnya, saya rasa saya cukup bagus dalam prestasi dan gol yang dijaringkan.”

“Sebelum ini saya gagal berada di meja yang sama dengan Messi dan Ronaldo, [sekarang] saya rasa saya boleh mengajak mereka makan di meja saya,” sambung penyerang berusia 32 tahun itu lagi.

 

Robert Lewandowski terus cemerlang bersama dengan Bayern pada musim ini. Beliau masih menjadi penyerang pilihan utama di pasukan gergasi Bavaria itu.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di