Dapat ‘Loan’ £120 Juta, Arteta Cuma Diberikan Dana ‘Transfer’ £17.8 Juta, Ini Penjelasannya

Arsenal telah mengesahkan bahawa mereka telah meminjam dana dari Bank of England di tengah pandemik yang menyebabkan tekanan kewangan. Namun wang yang mereka ambil tidaklah sebesar jiran sebelah rumah mereka, Tottenham Hotspur.

The Gunners meminjam £120 juta. Dan ia memang sebahagian daripada skim bantuan kerajaan yang bertujuan untuk menyokong perniagaan yang menghadapi masalah aliran tunai kerana wabak.

Pinjaman ini cukup besar, tetapi tidak sebanyak pinjaman yang diterima oleh Tottenham. Spurs meminjam sebanyak £ 175 juta pada bulan Jun, dengan kelab menghadapi kerugian serius kerana wabak tersebut.

Mereka kehilangan hasil matchday, sewaan kompleks untuk pelbagai guna, dan merchandising hingga acara besar pihak ketiga seperti konsert dan NFL.

Spurs mendedahkan pada masa pinjaman dibuat bahawa anggaran kerugian pendapatan mereka, termasuk rebat siaran, boleh melebihi £200 juta untuk tempoh hingga Jun 2021 .

Seperti Arsenal, Tottenham mengesahkan mereka tidak akan menggunakan wang dari pinjaman untuk perpindahan semasa musim 2020/21.

Daniel Levy berkata pada masa itu: “Kami selalu menjalankan kelab ini secara komersial. Saya mengatakan pada awal 18 Mac lalu bahawa, sepanjang 20 tahun saya di kelab ini, terdapat banyak rintangan di sepanjang jalan tetapi tidak ada sebesar ini – yang paling serius.”

Bagaimana situasi kewangan Arsenal

Arsenal pula baru mengumumkan berita mereka menepati kriteria untuk menerima pinjaman yang sama.

Pinjaman ini akan dilunaskan sebelum akhir Mei, bersama dengan bunga, dan tidak akan mempengaruhi rancangan perpindahan Mikel Arteta dengan The Gunners di bursa perpindahan untuk mencari pemain tengah yang kreatif.

Arsenal dalam kenyataannya berkata:  “Ini adalah pendekatan yang serupa dengan pendekatan yang diambil oleh pelbagai organisasi besar di banyak industri termasuk sukan, dan dapat dibayar pada bulan Mei 2021.”

“CCFF dirancang untuk memberikan pembiayaan jangka pendek pada kadar komersial semasa wabak itu kepada syarikat yang mempunyai penilaian pelaburan yang kuat dan yang memberikan sumbangan besar kepada ekonomi Britain.”

“CCFF adalah dana tambahan kepada pinjaman yang diberikan oleh pemilik kami Kroenke, Sports & Entertainment yang membolehkan kami membayar semula hutang di Stadium Emirates pada bulan Ogos tahun lalu.”

Arsenal mahukan pemain tengah kreatif dengan harga bawah bajet

Keperluan Arsenal untuk pemain tengah kreatif dan Edu sudah menyatakannya sejak beberapa bulan lalu. Keadaan tidak berubah walaupun Emile Smith Rowe cemerlang dengan peranan no.10 yang ditinggalkan Mesut Ozil yang disisihkan dari skuad.

Beberapa nama telah dikaitkan dengan kelab yang dijuluki The Gunners. Antaranya ialah Emiliano Buendia (Norwich City), Isco (Real Madrid), Julien Draxler (PSG) hingga Julian Brandt (Borussia Dortmund).

Arsenal mahu mengelakkan pembelian berimpak rendah berulang lagi seperti sebelum ini. Jadi mereka sangat berhati hati dengan wang yang diberikan.

Duncan Castles menyebut bahawa dana perpindahan diberikan Kroenke kepada Arteta hanya £17.8 juta untuk dibelanjakan pada Januari ini.

Castles berkata:

“Arsenal, keutamaan mereka di bursa perpindahan adalah pemain tengah yang kreatif. Pada dasarnya seorang pemain yang merupakan kombinasi No.8 dan No.10, jadi pemain tengah kotak-ke-kotak dengan kreativiti dan kemampuan untuk membuat sesuatu luar biasa.”

“Saya diberitahu bahawa mereka bekerja dengan anggaran pemindahan yang sangat terhad, hanya sekitar 20 juta euro sahaja,” sambungnya.

Castles sendiri percaya bahawa hasrat Arsenal akan sukar dilaksanakan. Kerana kriteria pemain yang diinginkan sangat spesifik, sedangkan dana yang ada adalah terhad. Malah pasaran Januari biasanya sangat mahal.

Berdekad lalu Arsene Wenger sendiri pernah menyatakan dia benci perpindahan Januari, kerana jika ia digunakan bermakna perancangan pra musim ada masalah ataupun kecederaan yang terlalu banyak.

Ini kerana harga pemain melonjak sehingga dua kali ganda. Kerana pasukan pemilik pemain akan mengambil kira impak kehilangan pemain di tengah musim.

Castles menegaskan

“Anda mahukan pemain yang mempunyai peranan penting dalam pasukan dan mengubah sektor tengah secara besar-besaran, tetapi berusaha melakukannya dengan harga yang bagi saya akan menjadi sangat sukar direalisasikan.”

Bukan itu sahaja, Arteta turut diarahkan mengurangkan bil gaji pemain Arsenal untuk pemain yang beliau tidak gunakan ataupun kurang penting. Lalu beberapa nama seperti Sokratis Papastathopoulos dan Mesut Ozil adalah antara senarai semak untuk dikeluarkan segera.

Sead Kolasinac, William Saliba dan Matt Macey sudah sah meninggalkan The Gunners beberapa hari yang lalu atas perjanjian pinjaman dan sebagainya.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di