Kisah Ronaldo & Iwaoka: CR7 Pertahan Budak Jepun Yang Diejek Kerana Cuba Bercakap Portugis

Baru baru ini negara kita dikejutkan dengan kelakuan seorang penyampai radio yang mentertawakan seorang guru yang mengajar bahasa Inggeris menerusi saluran DidikTv.

DJ tersebut memuat naik reaksinya di TitkTok memaparkan dia sedang gelak bagai kerasukan hantu melihat seorang guru bahasa Inggeris, kerana beberapa sebutan guru tersebut.

Rata-rata netizen mengecam aksi dj tersebut yang mempersendakan usaha seorang guru. Kerana bagi mereka, ada banyak cara lain nak menegur untuk memperbaiki cara pengajaran guru tersebut.

Namun ternyata niat penyampai radio tersebut hanyalah untuk membuli dan menarik perhatian netizen.

Lalu perkara tersebut menjadi polemik panas, malah difahamkan bahawa penyampai radio tersebut digantung tugasannya.

Warga Twitter kemudian memuat naik kembali status daripada Raja Permaisuri Agong,Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah – kira kira dua tahun yang lalu – di mana baginda berkata:

“Ada masa Bahasa Melayu saya kurang betul dan saya malu. Tetapi kalau Bahasa Inggeris saya tidak betul, saya tidak malu kerana itu bukan bahasa Ibunda saya. Saya  anak Melayu.”

Di ruangan komen, seorang warganet  mengimbas kembali detik Cristiano Ronaldo menengur audien dalam satu wawancara di Jepun.

Seorang budak lelaki Jepun bernama Ryota Iwaoka diejek oleh sekumpulan wartawan dan audien setelah cuba berbahasa Portugis dengan Cristiano Ronaldo pada tahun 2014.

Ryota Iwaoka menghadiri sidang media – sekitar tujuh tahun yang lalu – untuk Facial Fitness Pao, produk kecantikan, di mana Ronaldo adalah dutanya.

Belajar dari Kisah Ronaldo dan Iwaoka

Ryota Iwaoka menghadiri sidang media sekitar tujuh tahun yang lalu untuk Facial Fitness Pao, produk kecantikan di mana Cristiano Ronado menjadi jurucakap.

Iwaoka menjadi orang bertuah berjaya terpilih utuk bercakap dengan Cristiano Ronaldo.

Budak tersebut sangat teruja dengan peluang sekali seumur hidup itu. Sebagai persiapan, Iwaoka meminta jurulatihnya yang berbangsa Jepun-Brazil untuk membantunya bercakap dalam bahasa Portugis.

Di mana Ryota mahu menyataan: “Anda adalah pemain kegemaran saya dan saya ingin bermain bersama anda. Jadi, bagaimana saya boleh menjadi pemain profesional? ”

Walaupun Iwaoka mencuba yang terbaik, dia tetap sukar untuk menuturkan bahasa Portugis dengan lancar di hadapan idolanya.

‘Seharusnya kamu semua gembira kerana dia sudah berusaha’

Semasa soal jawab, orang ramai dan wartawan di situ mentertawakannya, tetapi Ronaldo dengan pantas mempertahankan Iwaoka.

“Kenapa mereka tergelak?” Ronaldo bertanya dalam raut wajahnya yang berubah menjadi serius.

“Kamu sudah berbahasa Portugis dengan baik. Sangat bagus.”

“Mereka sepatutnya berasa gembira kerana kamu sudah berusaha dengan bersungguh-sungguh. ”

Ronaldo kemudian menjawab persoalan daripada budak itu dengan berkata: “Percayalah pada diri sendiri. Bekerja keras, dan jangan lepaskan peluang ketika tiba.”

Iwaoka tak perna lupa akan kata kata tersebut. Iwaoka menjadi pemain tengah berbakat di sekolah menengah, namun malangnya beliau gagal mendapatkan tempat dalam akademi bola sepak di Jepun.

Iwaoka akhirnya diterima menjadi Yamanashi Gakuin, sebuah universiti yang terletak di Kōfu, ibu kota Yamanashi.

Dia bergabung dengan pasukan B Yamanashi Gakuin sebelum berpindah ke pasukan A pada tahun kedua di universiti.

Yamanashi Gakuin layak ke pertandingan kebangsaan pada tahun 2020 untuk kejohanan sekolah tinggi, dan Iwaoka bermain dalam kejohanan tersebut.

Namun, malang menimpanya setelah dia dibuang padang dalam pusingan 16 akhir.

Iwaoka terpaksa melihat aksi pasukannya dari bangku simpanan untuk baki saingan – suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir.

Pasukan beliau berjaya menjadi juara Jepun menewaskan Aomori Yamada.

“Kami menjadi yang terbaik di Jepun !!! Saya berjaya merangkul kejuaraan ini, terima kasih kepada orang-orang yang menyokong saya selama tiga tahun terakhir dan mereka yang menghadiri kejohanan ini dengan selamat, ”tulis Iwaoka.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di