Kisah Chester Bennington Hampir Tak Sertai Linkin Park Kerana Disuruh ‘Audition’ Dulu

Linkin Park merupakan salah sebuah band yang paling berpengaruh di dunia. Ianya berkonsepkan Nu Metal dan juga rapcore metal. Linkin Park diasaskan pada tahun 1996 oleh Mike Shinoda dan Mark Wakefield bersama dengan beberapa rakan sekolah.

Di mana Chester Bennington hanya bergabung dengan mereka kira kira 3 tahun selepas itu pada Mac 1999. Kehadiran Chester Bennington ke dalam Linkin Park dianggap saling melengkapi. Chester membantu Mark Shinoda dalam penulisan lirik yang berkualiti tinggi terutama sekali untuk album EP mereka, Hybrid Theory.

Klik button play tu sambil baca sedap gak:

Berasal dari Xero

Dipetik dari Kerrang! Linkin Park sebelum Chester merupakan kumpulan yang terdiri daripada Mark Shinoda, Rob Bourdon, Brad Delson, Dave ‘Phoenix’ Farrell, dan Joe Hahn. Mereka membuat demo dengan nama kumpulan Xero.

Segalanya bermula daripada satu pertemuan di antara Shinoda dan Brad Delson. Mereka kemudian menubuhkan band dengan Delson membawa masuk ahli kumpulannya dari Relative Degree iaitu Rob Bourdon.

Ketika di kolej Brad bertemu Dave Farrell (bassist Linkin Park. Manakala Mike bertemu Joe Hahn (turntablis). Kemudian, Dave Farrell dan Joe Hahn bergabung dengan Xero.  Tetapi Dave telah meninggalkan Xero untuk bergabung semula dengan kumpulan lamanya, Tasty Snax.

Xero kemudian mencari produser dan beberapa orang dari label muzik terkenal di Los Angeles. Malangnya, hampir kesemua yang mereka temui tak berminat.

Jeff Blue datang

Akhirnya mereka bertemu dengan produser Jeff Blue, yang ketika itu masih bersama dengan Zomba. Jeff Blue sangat berminat dan bersedia membantu mereka pada masa itu. Namun, Mark pergi kerana dia merasakan bahawa dia tidak sesuai dengan musikaliti kumpulan itu.

Pada mulanya, mereka merekrut Mark Wakefield sebagai vokalis, kemudian diambil alih oleh Chester Bennington (bekas vokalis Gray Daze). Dan Mike kemudian menjadi rapper.

Oleh kerana nama Xero sudah digunakan oleh kumpulan lain, mereka terpaksa menukar nama mereka menjadi Hybrid Theory. Sebanyak 3 kali mereka ditolak, akhirnya Hybrid Theory berjaya diterima oleh syarikat rakaman bernama Warner Bros.

Sekali lagi, mereka terpaksa menukar nama mereka kerana nama Hybrid Theory sama dengan nama kumpulan muzik Hybrid yang berasal dari Wales. Mahu mengelak digelar sebagai kumpulan yang sama, mereka memilih untuk menukar nama mereka lagi menjadi Linkin Park.

Namun, sebelum dinamakan Linkin Park, mereka telah menukar nama menjadi 0818. Nama ini baru diketahui pada pertengahan tahun 2009, ketika Brad Delson berkata, nama Linkin Park diambil oleh Chester dari nama sebuah taman di Los Angeles, Lincoln Park. Untuk menguruskan laman webnya sendiri, Chester mengubah ejaannya menjadi Linkin Park.

Mereka akhirnya berjaya melancarkan EP bertajuk Hybrid Theory EP pada tahun 1999 sebanyak seribu naskhah. Namun, pada masa itu Mike mempunyai masalah dengan Jeff Blue, pengurusnya. Jeff Blue mengatakan bahawa Mike tidak perlu rapping lagi, dan hanya bermain kibod.

Terdapat konflik di antara Mike dan Jeff di mana Mike pernah berkata: “Seseorang pernah menyuruh saya berhenti rapping.”

Di mana Jeff Blue mahukan Linkin Park menjadi band rock sepenuhnya tanpa ada unsur unsur rap.

Kejadian ini memberi inspirasi kepada Mike untuk menulis lagu Get Me Gone (Fort Minor).

 

Kisah Chester hampir tak sertai Linkin Park

Ada satu kisah menarik sebenarnya tentang Chester Bennington. Beliau hampir sahaja berambus dari studio kerana Linkin Park menyuruhnya audition walaupun sebelum itu produser mereka sudah bersungguh sungguh memujinya.

Pada 20 Mac 1999, tepat pada hari lahirnya yang ke-23, Chester mendapat panggilan dari Jeff Blue. Jeff bercakap mengenai Xero dan muziknya yang menyatukan hip-hop dan rock. Dia mengajak Chester untuk bergabung dan ingin menghantar pita demo.

Chester pada awalnya agak skeptik dengan cadangan itu kerana dia tak sukakan hip hop.

Chester berkata: “Saya tidak begitu menyukai hip-hop, tetapi saya masih memintanya untuk mengirim demo. Muziknya hebat dan kumpulannya sangat berbakat, tetapi saya tahu saya boleh melakukan yang lebih baik. Keesokan harinya, saya pergi ke studio dan memasukkan suara saya dalam muzik demo mereka, ” kata Chester kepada Kerrang!.

Chester meminta Jeff mendengar versi yang dia sudah masukkan suara scream beliau ke dalam lagu Xero. Jeff teruja dan merasakan bahawa ianya sangat sempurna untuk diadun.

Chester juga datang ke pejabat Zomba Music pada keesokan harinya. Namun, ternyata pegawai Xero mempunyai rancangan lain. Mereka mengadakan uji bakat untuk memilih vokalis baru.

Chester terkejut dan berasa tak selesa. Dia diminta menyanyi dengan Shinoda bersama sama dengan calon calon lain. Pada masa itu Chester sedikit terkilan kerana Jeff Blue seolah olah tidak serius mahukan beliau. Kenapa dia perlu diminta audition?

“Secara peribadi, saya fikir saya adalah yang terbaik yang mereka boleh dapat. Saya telah lama berada di band dan kumpulan kami cukup popular, jadi saya adalah pilihan yang tepat,” kata Chester.

Namun ada satu perasaan yang membuatkannya terus kekal. Dia tahu, Linkin Park perlukan suaranya untuk melengkapkan mereka. Dia memberikan peluang kepada dirinya dan Linkin Park.

“Saya fikir saya ketika itu mahu menolong mereka (dengan bergabung), tetapi mereka melihat saya seperti orang lain yang mereka sedang pertimbangkan. Saya fikir mereka gila. Itulah kutukan yang saya katakan dalam hati saya,” kata Chester yang menggambarkan dia hampir sahaja mengamuk dan berambus daripada audition itu.

Mike Shinoda: “Chester gaya macam gigolo”

Shinoda mengakui bahawa dia pada awalnya meragui Chester ketika pertama kali bertemu. Namun, kemampuan vokalnya melemahkan andaian ini. Chester malah menjadi pasangan terbaik Mike di studio untuk penghasilan lagu serta mencari bahan bahan untuk album The Hybrid Theory.

“Ketika saya bertemu Chester, impresi pertama adalah dia kelihatan lebih kecil dari yang saya bayangkan. Dia benar-benar kurus, berkacamata, dan memakai kemeja kupu-kupu buruk yang terlalu besar. ”

“Membuatnya kelihatan seperti lelaki murahan dari kelab malam Arizona. Tetapi suaranya ketika menyanyi sangat dalam. (Rakaman) demo kami sangat mengagumkan. Dia menyanyi dengan liar, seperti cara dia menyanyi sekarang, “kata Shinoda pada masa itu sambil tersenyum mengenangkan imej Chester seperti gigolo kelab malam.

Pada tahu 2020, Mike Shinoa berkongsi dengan iHeartsRadio kisah tersebut. Dan dia mengesahkan memang Chester diminta melakukan trial / audition. Mike sendiri tersengih mengenangkannya.

Dan Mike menyatakan: “Ada seorang calon yang selepas Chester. Dia mendengar Chester menyanyi terus dia berkata kat Chester: ‘Mereka ni gila kalau kat ambik kau bro’.”

Mike menambah: “Dan ada seorang lagi selepas Chester menyanyi, dia terus keluar dan balik, tak nak sertai audition itu.”

Chester menjadi simbol Linkin Park

Shinoda mengusahakan bahan muzik dengan Delson, kemudian menulis lirik dengan Chester. Melalui lirik ini, Chester meluahkan semua kenangan buruk dari masa kecilnya, terutama mengenai keganasan seksual yang dialaminya.

Semasa menulis lirik, Chester berkongsi pengalaman dengan Shinoda. Dari situ mereka saling mengenali, walaupun Shinoda mengakui bahawa dia kadangkala merasa tidak selesa ketika mendengar cerita Chester. Namun Chester sangat terbuka dengan Shinoda dan ahli kumpulan yang lain, sebab dia menganggap mereka seperti keluarga rapatnya.

Selepas semua rakaman siap, maka terhasillah album Hybrid Theory. Dikatakan mereka mengumpul dan mengolah semua material itu dalam masa dua bulan. Linkin Park rasmi dipilih sebagai nama kumpulan dan Hybrid Theory tetap menjadi tajuk album.

Album sulung ini adalah kejayaan komersial yang besar. Linkin Park kemudian berjaya menghasilkan satu lagi album power berjudul Meteora. Malah ramai peminat sendiri tak pasti mana satu masterpiece mereka, Hybrid Theory ataupun Meteora?

Chester terus menjadi simbol kepada Linkin Park. Dia meraih perhatian dunia kerana bakat dan suaranya. Mike Shinoda dengan berbesar hati menyerahkan peranan front man beliau kepada Chester Bennington kerana kredibiliti yang ada pada Chester. Malah ketika menulis lirik, Mike sekarang akan memikirkan ‘part’ Chester Bennington sekali.

Linkin Park menuai kegemilangan mereka dengan kejayaan besar di peringkat global. Mereka menjadi band yang sangat berpengaruh.

Linkin Park kemudian berehat pada 2004. Dengan Shinoda juga menghabiskan waktunya bekerja di projek Fort Minor. Sementara itu, Chester membuat projek Dead by Sunrise.

Selama ini juga, Chester sangat tertekan dan sering mengurung dirinya di rumah. Perkahwinan dengan Samantha menghadapi masalah sejak dia bergabung dengan Linkin Park. Mereka bercerai pada tahun 2005. Pada tahun berikutnya, Chester mengahwini Talinda Ann Bentley dan mempunyai tiga orang anak.

Depresi yang dihadapi Chester membuatkan dia mencabut nyawanya sendiri di Los Angeles pada 20 Julai 2017, tepat pada hari ulang tahun mendian Chris Cornell, sahabatnya. Sebelumnya, Cornell mati kerana bunuh diri dengan cara yang serupa di sebuah hotel di Detroit pada 18 Mei 2017.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di