Lelaki Ini Ramalkan Tepat Skor 3-0, Nama Penjaring Termasuk OG Oleh Demiral

Kita semua suka membuat ramalan keputusan bola sepak. Dan kita tahu ianya sukar untuk meramal skor apatah lagi nak meramalkan tepat skor serta penjaring gol termasuk yang menjaringkan gol sendiri.

Namun seorang pengguna Twitter dengan nama VaneJuice telah membuat ramalan luar biasa. Di mana beliau meramalkan Itali akan menang 3-0.

Immobile dan Insigne akan berada dalam senarai penjaring. Manakala satu gol lagi adalah daripada jaringan sendiri pemain pertahanan Turki Merih Demiral.

Ramalan beliau benar belaka. Merih Demiral melakukan own goal untuk gol pertama Itali selepas tertampan masuk bola Berardi pada minit ke-53.

Seterusnya, Immobile menjaringkan gol kedua pada minit ke-66.

Manakala gol ketiga Itali adalah menerusi lencongan padu Lorenzo Insigne pada minit ke-79.

Akaun rasmi Uefa Euro 2020 sendiri takjub dengan ramalan itu dan melabel VaneJuice sebagai pakar dalam ramalan Euro.

SportBible menyatakan bahawa ianya tekaan yang agak menyeramkan.

Di Twitter VaneJuice menjadi sensasi dan ramai yang mahu beliau memberitahu dunia apa sahaja yang beliau tahu tentang bola sepak di masa akan datang.

Goal menganggap ini adalah ramalan terbaik sepanjang zaman:

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di