Kisah Keraian Daniel James: Pukul 3PM Teman Isteri Bersalin, 9.48 Malam Skor Penalti Bantu Leeds Mara

Ianya hari yang sangat sibuk untuk Daniel James dalam aksi pertama Piala Liga ataupun Piala Carabao Inggeris.

Pemain Leeds itu sebenarnya boleh sahaja tidak terlibat dalam tugasan kali ini kerana isterinya bersalin pada hari yang sama.

Daniel James menyertai Leeds musim ini selepas Bielsa mahukan khidmatnya. Sebenarnya ini bukan kali pertama Bielsa mahukan James. Cuma sebelum ini disailang oleh Man United.

Dan James masa itu sudah diberikan jersi Leeds ketika berunding dengan kelab tersebut. Namun  apabila Man United kemudian mahukannya, sudah tentunya Daniel James tidak melepaskan peluang tersebut.

Pemain antarabangsa Wales itu memiliki permulaan yang sangat baik bersama dengan Man United. Namun selepas itu beliau semakin tersisih kerana kualiti pemain pemain yang ada di kelab tersebut.

Maka dia memutuskan untuk menyertai Leeds bagi mendapatkan lebih banyak minit perlawanan.

Leeds berdepan dengan Fulham dalam aksi Piala Carabao. Hari yang sama isteri James berada di hospital untuk bersalin. Hanya beberapa jam daripada sepak mula.

Namun pemain yang baru dibeli Leeds itu memutuskan untuk meneruskan tugasannya tanpa cuti ehsan daripada majikan.

Dilaporkan isterinya bersalin pada 3 petang. Dia bersama dengan isterinya di hospital.

Dan sejam kemudian, Daniel James bergegas menyertai rakan rakannya. Dia menaiki helikopter pada pukul 4 petang.

Pada pukul 8 malam, namanya dalam senarai kesebelasan utama menentang Fulham. Beraksi untuk sepenuh masa dan kemudian terlibat dalam penentuan penalti.

Kelihatan James meraikan gol itu dengan menghisap jarinya, didedikasikan buat anaknya yang baru lahir.

Daniel James menyempurnakan tugasan beliau untuk membantu pasukannya mara ke pusingan seterusnya.

Tahniah kepada Daniel James, kamu skor di dalam dan di luar padang. Satu kisah yang menarik dalam kariernya di mana dia menjadi ayah pada hari yang sama dia membantu pasukannya mara ke pusingan seterusnya. Dedikasi yang luar biasa!

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di