[VIDEO] Pengurus Freiburg Menangis & Jadi Capo Pada Hari Terakhir Di Schwarzwaldstadion

Pengurus SC Freiburg menitiskan air mata dan kehilangan kata kata ketika mengucapkan selamat tinggal kepada stadium kecil mereka yang terletak di dalam hutan itu.

Schwarzwaldstadion merupakan stadium yang menjadi rumah kepada Freiburg hampir 3 dekad lamanya. Stadium yang agak unik kerana terletak di dalam kawasan hutan yang terpencil dan berhampiran dengan Sungai Dreisam.

Freiburg berjaya menang 3-0 dalam aksi terakhir mereka di stadium tersebut.

Beberapa individu penting termasuk, Christian Streich berucap pada hari perpisahan dengan stadium itu.

Freiburg meninggalkan stadium itu dengan rekod tanpa kalah terpanjang dalam sejarah kelab mereka, dilakukan pada era Streich.

Streich berkata: “Ini adalah kisah 25 tahun yang penting. Terlalu banyak emosi yang tidak dapat digambarkan dengan kata kata, itu sahaja buat masa ini.”

Streich sudah mengendalikan kelab itu sembilan musim. Tempoh yang agak lama dalam perkiraan bola sepak moden pada hari ini.

Streich dianggap sebagai legenda kelab kerana membantu kelab membina pasukan yang bermain bola sepak cantik dan mencipta beberapa momen indah.

Streich sangat dekat dengan penyokong Freiburg dan seringkali membantu penyokong penyokong setempat dengan kebajikan.

Bukan itu sahaja, Streich turut bersorak chant bersama sama dengan ultras di curva stadium tersebut.

Maka tidak hairanlah ultras Freiburg bersorak namanya dengan kuat. Seterusnya, seorang lagi pengurus legenda Freiburg, Volker Finke turut hadir dalam majlis perpisahan itu.

Pemain antarabangsa Jerman, Christian Gunter berkata: “Saya sangat berbesar hati untuk mengucapkan selamat tinggal seperti ini apabila melihat penyokong pada hari ini. Saya tidak risau dengan tempat baru, kerana atmosfera yang sama akan kita rasai di stadium baharu. Ayuh kita mulakan era di rumah baru kita.”

Kemudian seorang lagi pemain Freiburg iaitu Holer berkata: “Saya bermula di sini untuk menjadi pemain Bundesliga. Kita meraikan kemenangan hebat ini dengan penyokong. Atmosfera sentiasa luar biasa, ini adalah perpisahan yang sangat indah.”

Pemain kesayangan penyokong, Holer dan Vinezo Grifo meraikan gol di hadapan curva begotu juga dengan Lukas Kubler yang menjaringkan gol kelab pertamanya pada hari terakhir di Schwarzwaldstadion (ye aku copy paste balik, payah nak eja ni).

Kubler antara pemain yang sudah lama bersama dengan kelab, bersama dengan mereka sejak di divisyen dua lagi pada 2015/16.

Freiburg kini berada dalam 5 teratas Bundesliga.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di