Rossi: Legenda Paling Penting Dan Membantu Menaikkan MotoGP

Siri dokumentari khas Valentino Rossi dan Marc Marquez yang dikeluarkan oleh DAZN, ‘Ruta 46-Ruta 93, El Camino de Dos Mitos’ (Route 46-Route 93, Journey of Two Legends) menceritakan banyak perkara menarik.

Salah satu daripadanya adalah mengenai populariti Valentino Rossi di dalam acara MotoGP. Sememangnya tidak dapat dinafikan The Doctor merupakan pelumba motosikal paling berpengaruh dan popular dalam sejarah.

Beliau malah menjadi inspirasi banyak pelumba generasi baharu pada hari ini. Bos Yamaha iaitu Lin Jarvis dalam dokumentari tersebut melabel Rossi lebih besar daripada MotoGP.

Jarvis menganggap Rossi adalah jenama yang sangat penting dalam membawa naik nama MotoGP. Di mana beliau berpendapat, tak semua orang kenal MotoGP tetapi semua orang akan kenal Valentino Rossi.

Jarvis memaksudkan, ramai orang di luar sana yang hanya mengetahui MotoGP. Namun informasi lain di dalamnya, mereka kurang arif. Sebaliknya mereka akan sentiasa tahu nama Valentino Rossi.

Sehinggalah satu ketika, Rossi telah menjadi wajah utama kepada MotoGP. Membawa masuk lebih ramai audien menyaksikan MotoGP yang sebelum itu dianggap membosankan.

“Jika anda bertanya mengenai MotoGP, tidak semua orang tahu itu, tetapi jika anda bertanya mengenai Valentino Rossi, semua orang mengenalinya,” kata Lin Jarvis.

Salah seorang pesaing Valentino Rossi dalam acara MotoGP, Andrea Dovizioso juga mengiktiraf sumbangan Rossi kepada MotoGP.

Menurut Dovizioso, selaku pelumba dan pengikut MotoGP dari kecil, beliau berterima kasih atas sumbangan Rossi dalam membantu memberikan kesedaran kepada dunia dan menaikkan nama MotoGP.

“Dahulu, sukan yang kita terlibat ini adalah sukan khas untuk golongan tertentu. Dan sekarang diikuti oleh kanak kanak sehingga ke nenek tu. Dari golongan muda sehinggalah mereka yang berusia 80 tahun,” kata Andrea Dovizioso.

Rakan karib Valentino Rossi, Alessio Salucci, menyatakan bahawa harinya akan tiba juga, Rossi akan meninggalkan MotoGP. Namun beliau yakin The Doctor akan meninggalkan legenda yang tidak ada gantinya.

“Legasi adalah banyak perkara: kemenangan, peminat, keseronokan di trek. Membangun bersa-sama, sama ada berlumba di MotoGP atau bahkan ketika berada di akademi (VR46),” kata Salucci.

Valentino Rossi sendiri telah menyiapkan rancangan sekiranya dia bersara dari acara MotoGP. Dia mahu memastikan pasukannya, SKY VR46, untuk berada di kelas perdana MotoGP.”

Rossi bahawa walaupun anda bersara, nama Valentino Rossi akan tetap berada di tepi trek bersama dengan pasukan SKY VR46 beliau.

Rossi mengakhiri musim MotoGP beliau pada 2021. Ramai yang meletakkan tanda pagar #GrazieVale tanda penghargaan dan selamat tinggal kepada legenda tersebut.

Rossi membuat debut di kelas tertinggi pada tahun 2000 dengan Nastro Azzurro Honda, dan berjaya menjadi naib juara sebelum menjadi juara dunia pada tahun 2001. Pada tahun 2002, Rossi pindah ke Repsol Honda, dan berjaya sekali lagi, juga setahun selepas itu.

Rossi bangga kerana dapat menjadi inspirasi ramai orang dan membantu menaikkan MotoGP di pentas dunia.

“Saya fikir perkara paling positif dalam kerja saya ialah ramai orang mula menyertai MotoGP untuk mengikuti kerja saya dari awal, dan sukan ini telah menjadi lebih besar, lebih terkenal di Itali tetapi juga di seluruh dunia,” kata Rossi baru baru ini.

“Adalah sangat senang untuk memahami bahawa sepanjang karier saya, saya telah menjadi sesuatu yang berbeza, sesuatu seperti ikon dan ini adalah satu keseronokan yang luar biasa.”

“Dan juga, bagi seorang pelumba lebih penting apa yang berlaku di trek, keputusan, segala-galanya.”

Rossi memulakan kariernya dalam arena permotoran dalam kategori 125cc dan memenangi gelaran dunia pada 1997, diikuti dengan kejuaraan 250cc pada 1999.

Dia berpindah ke kelas utama setahun kemudian dan memenangi tujuh gelaran dunia antara 2001 dan 2009.

“Saya selalu membayangkan dominasi ini… ia satu perasaan yang pelik. Saya mahu mengekalkannya seperti biasa tetapi itu tidak mungkin.”

“Emosi yang hebat sekarang ini,” kata Rossi dalam majlis perpisahan dengan MotoGP serta reunion dengan 9 motor kejuaraannya.

Pelumba Petronas Yamaha itu berkata, dia kecewa tidak dapat menambah gelaran dunia ke-10 dalam kariernya.

“Saya bergelut dan kesulitan untuk kejuaraan ke-10… Saya boleh berlumba pada peringkat yang tertinggi.”

“Gelaran terakhir saya pada tahun 2009 adalah yang gelaran penting dalam hidup saya. Saya gembira untuk cuba memenangi satu lagi kejuaraan tetapi saya tidak boleh merungut sebab tak dapat.”

“Saya mempunyai karier yang hebat,” tambah Rossi.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di