[VIDEO] Lihat Reaksi Tuchel Selepas Kante Skor Gol Seperti Lampard

N’golo Kante sekali lagi memperagakan aksi cemerlang bersama Chelsea. Kali ini beliau turut menjaringkan gol dalam kemenangan 3-0 Chelsea ke atas Leicester.

Kante yang biasanya dikenali dengan kemampuannya menjadi destroyer, ternyata sudah membuktikan bahawa beliau memiliki sentuhan penyudah yang baik.

Chelsea terlalu dominan dalam aksi di King Power Stadium. Di mana skuad Thomas Tuchel menjaringkan 2 gol pada separuh masa pertama dan satu lagi gol pada separuh masa kedua.

Leicester bernasib baik kerana ada 3 gol Chelsea yang dibatalkan kerana ofsaid.

Walaupun Leicester memberikan persaingan pada separuh masa kedua, pertahanan Chelsea yang diketuai Thiago Silva sangat kental.

Edouard Mendy makan gaji buta pada separuh masa pertama kerana Leicester mencatatkan sifar percubaan ke arah gol Chelsea.

Namun separuh masa kedua, Mendy dua kali menafikan percubaan cantik Madisson dengan save padu.

Gol pertama Chelsea adalah menerusi Antonio Rudiger yang menanduk masuk hantaran daripada seorang lagi bekas pemain Leicester iaitu Ben Chilwell pada minit ke-14.

14 minit kemudian, Kante melakukan percubaan dari luar kotak penalti, dan terus menewaskan bekas rakan sepasukannya, Kasper Schmeichel. Ianya teknik yang sangat baik daripada pemain tengah antarabangsa Perancis itu.

Saksikan di sini gol tersebut:

Reaksi Thomas Tuchel turut menarik perhatian. Di mana beliau sendiri seolah olah tak percaya Kante melakukan gol seperti itu. Kante telah melakukan gol ala Frank Lampard ketika prime.

Tuchel kelihatan tidak tahu nak memberikan reaksi macamana.

Bukan itu sahaja, Kante sempat dirasuk roh Messi dan membuatkan Ndidi terkapai kapai kelemasan di atas padang.

Satu lagi gol Chelsea pada separuh masa kedua adalah menerusi Pulisic, hasil umpanan cantik dan kerja keras Hakim Ziyech.

Kemenangan Chelsea membolehkan mereka terus kekal di tangga teratas liga, seminggu lagi tanpa terusik dengan keputusan keputusan di venue lain.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di