[VIDEO] Klopp Jadi Gila Raikan Gol Minit 90+4 Origi Yang Tenang

Divock Origi!

Bergema nama beliau di penjuru stadium. Pemain gantian tersebut sekali lagi menjelmakan magisnya ketika diperlukan.

Origi pernah menjadi wira kemenangan Liverpool dalam kebangkitan epik menentang Barcelona beberapa tahun lalu.

Kali ini ketenangan yang sama dijelmakan Origi dalam aksi berdepan Wolves.

Bangsa Scouser, Conor Coady hampir sahaja menjadi wira Wolves untuk menghalang Liverpool daripada membawa pulang 3 mata.

Ini selepas dia menafikan percubaan bekas pemain Wolves, Diogo Jota. Di mana pemain bermata stim dari Portugal itu sepatutnya menjaringkan gol dalam keadaan penjaga gol sudah ditewaskannya.

Liverpool diberikan tentangan luar biasa daripada Wolves. Di mana pasukan tersebut sekali lagi menyusahkan Liverpool dengan serangan balas. Terutama sekali menerusi serangan balas daripada Adama Traore.

Traore malah hampir menjaringkan gol pendahuluan untuk Wolves, mujur Alisson menafikannya.

Origi dibawa masuk untuk opsyen lebih fizikal di dalam kotak penalti.

Pada masa kecederaan, Mo Salah yang tenggelam sepanjang malam, muncul dengan kawalan bola kemas dan meluru ke byline.

Salah kemudian melorongkan bola kepada Origi. Pemain Belgium itu melakukan sentuhan pertama kemas dan melakukan half turn untuk merembat masuk.

Wolves makan hati dengan gol itu. Mereka sedar bahawa mereka seharusnya tidak melakukan sekelumit pun kesilapan. Namun mereka melakukannya, walaupun sudah bermain sangat baik sepanjang malam.

Origi mengubah nasib Liverpool daripada hampir kecewa kepada kegembiraan. Kemasukan Origi dalam 22 minit terakhir benar benar memberikan impak.

Liverpool menang 1-0 dari Molineux.

Satu lagi koleksi Pekerjaan Seorang Origi.

Oirgi kini sudah menjaringkan 3 gol masa kecederaan dalam EPL.

Saksikan gol itu di sini:

Baca yang lain