Momen Rare, Maria Ferrieri Jadi Pengadil Wanita Pertama Kendalikan Perlawanan Pasukan Serie A

Dalam perlawanan bola sepak lelaki, kita biasanya melihat pengadil lelaki. Namun sebenarnya bukan perkara yang baru untuk melihat wanita menjadi pengadil.

Beberapa tahun lalu, Bundesliga memberikan debut kepada pengadil wanita mereka iaitu Bibiana Steinhaus.

Sebelum itu, England sudah lama memperkenalkan penjaga garisan legenda mereka iaitu Sian Massey Ellis.

Namun penglibatan wanita dalam dunia pengadilan di liga utama Eropah masih sangat kecil.

Itali adalah yang terbaru mencipta sejarah dalam liga utama mereka. Ini apabila mereka memberikan debut pengadil wanita dalam aksi Serie A dalam aksi Coppa Italia pusingan 32 pasukan akhir.

Maria Sole Ferrieri Caputi telah mencipta sejarah di Itali sebagai pengadil wanita pertama yang memimpin perlawanan melibatkan kelab Serie A ataupun perlawanan utama di bawah naungan Liga Itali.

Momen yang dianggap rare itu berlaku pada awal Khamis waktu Malaysia melibatkan aksi di antara Cagliari dan Cittadella. Di mana Cagliari menang 3-1 di Sardegna Arena.

Apa yang telah dilakukan oleh Ferrieri adalah satu rekod yang membanggakan. Sebabnya, sebelum ini sudah ada pengadil wanita dalam pertandingan Itali. Bagaimanapun, Maria Marotta hanya diberi peluang untuk mengetuai perlawanan kelab Serie B.

Ferrieri dan Marotta adalah dua daripada empat pengadil wanita Itali yang diberi lesen untuk mengendalikan perlawanan profesional di peringkat lelaki.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Itali (FIGC) tidak mahu tergesa-gesa mempercayai keempat-empatnya muncul serentak dalam satu perlawanan yang sama. Sebab Encik Jimi tak suka budaya tergesa gesa ini.

FIGC memulakannya secara beransur-ansur dan yakin suatu masa nanti, detik itu akan tiba di mana satu set pengadil wanita akan mengadili aksi melibatkan pasukan Serie A.

Jadi, siapakah Ferrieri? Maria Sole Ferrieri merupakan seorang penyelidik serta pensyarah berusia 31 tahun itu bekerja untuk Fondazione Adapt.

Dia berasal dari Livorno dan kini mengajar di Universiti Bergamo. Beliau sebelum ini memang menjadi pengadil yang terkenal dalam acara bola sepak wanita.

Beliau juga pernah memimpin perlawanan Serie B. Kemunculannya sebagai pengadil lelaki bermula pada perlawanan antara Cittadella dan SPAL pada 17 Oktober 2021.

Ketika itu, di hadapan 2,233 penonton di Stadio Piercesare Kunciato perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Dengan mengetuai Coppa Italia, salah satunya melibatkan pasukan Serie A, peluang Ferrieri untuk mengendalikan perlawanan yang lebih berprestij terbentang luas di depan mata. Ini kerana Itali merupakan negara yang seringkali melahirkan pengadil bertaraf dunia.

Dia boleh mengikut jejak langkah Stephanie Frappart dari Perancis, yang berpeluang memimpin pertandingan Ligue 1 dan Eropah.

“Impian kami ialah mempunyai pengadil wanita dalam perlawanan Serie A (lelaki),” kata presiden Persatuan Pengadil Itali (AIA), Alfredo Trentalange, menurut laporan lapor Football Italia.

Baca yang lain