Klopp: Susah Sangat Kita Bagi Arsenal Je lah Main

Liverpool akan berhadapan dengan jadual yang terlalu padat tak boleh dibawa bincang jika pihak Premier League tidak meminda semula jadual Piala Carabao – suku akhir.

Kita recap cerita semalam sikit. Liverpool menang penentuan sepakan penalti menentang Arsenal.

Perlawanan berakhir dengan keputusan 5 sama. Kalau kau tidur tak tengok game ni rugilah. Tapi kalau kau tak tidur, dan tak jumpa live streaming tu lagilah rugi.

Kita layan dulu aksi Kelleher menafikan penalti Ceballos:

Dan ini aksi Curtis Jones yang menjadi wira kemenangan Liverpool:

Klopp: Jadual kami padat nak mampos

Liverpool diundi berhadapan dengan Aston Villa pada aksi suku akhir Piala Carabao.

Klopp dalam sidang media selepas perlawanan 5-5 lawan Arsenal menyatakan:

“FIFA dah beritahu kami untuk pergi ke Piala Dunia Kelab, dan Premier League pula berkata kami harus bermain bermain dalam liga – itu memang kami dah tahulah. Jadi, sekarang ni kami kena berusaha pula nak bermain Piala Kerbau.”

“Dalam hal ini, masalah dia adalah Premier League. Nampak benar mereka ni peduli taik dengan benda macam ni. Itulah sebabnya.”

“Jika mereka, EFL tak dapat langsung nak kawtim ejas jadual kitorang, janganlah buat masa Krismas pukul 3 petang,  jadi kita terpaksa menarik diri daripada Piala Kerbau ni.”

“Mereka harus menyusun semula jadual. Kamu kenalah ambil kira benda-benda macam ni. Jangan sampai David N’gog gegar ofis korang. Aku dari semalam dok suruh dia sabar dulu Goku. Saya panggil dia Goku sebab N’gogku.”

“Kami tidaka akan menjadi mangsa perkara seperti ini. Kalau diorang tak dapat cari tarikh sesuai untuk kami, maka kami terpaksa……..”

(Iklan Apollo dulu baru lebih dramatik)

“terpaksalah kami…………..”

“Kami terpaksa………..”

“Kami terpaksa……”

“Menarik diri daripada menentang lawan kami seterusnya. Ataupun Arsenal sahaja turun bermain menentang mereka.”

“Lagipun ramai yang berkata Arsenal  berhak menang perlawanan ini. Saya minta maaf.”

Hang ni memain ke sunggoh sunggoh ni Kelop?

Ini adalah jadual padat yang dihadapi oleh Liverpool nanti:

Liverpool selepas ini akan meneruskan aksi dalam saingan dengan Aston Villa dalam EPL. Tu kira perlawanan pemanas badan la tu.

Baca yang lain