Al Nassr Setuju Klausa Benarkan Ronaldo Sertai Newcastle Jika Mereka Layak Ke UCL

Marca melaporkan bahawa, ada kalusa khas dalam kontrak baru Cristiano Ronaldo di Al Nassr yang bermakna dia mungkin boleh bermain dalam Liga Juara-Juara semula sebelum kariernya berakhir.

Dia menandatangani kontrak sehingga 2025 untuk kelab Arab Saudi minggu lalu selepas dia bergelut untuk mencari kelab di Eropah yang akan memenuhi tuntutan gajinya yang mahal di samping menyediakan tahap persaingan yang dia harapkan,

Ronaldo pada pra musim yang lalu menghantar transfer request agar kelab melepaskannya jika ada tawararn daripada kelab UCL untuknya.

Namun United dikatakan tidak menerima sebarang tawaran rasmi untuk Ronaldo, kerana halangan utama mereka adalah gaji pemain itu.

Selepas kontraknya ditamatkan United sebelum sepak mula Piala Dunia, Al Nassr menjadi kelab yang rasminya menghantar tawaran rasmi kepada Ronaldo.

Namun Ronaldo dikatakan masih mengutamakan kelab eropah yang bermain di UCL. Akhirnya, Ronaldo menyertai Al Nassr dengan pendapatan tertinggi pernah diterima mana mana ahli sukan dalam sejarah.

Ronaldo meraih pendapatan €200 juta termasuk daripada gaji dan komersial. Dia turut menjadi duta negara tersebut dalam usaha Arab Saudi membida hak menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030.

Ronaldo yang digelar Mr. UCL kerana rekodnya yang luar biasa di dalam pertandingan itu tidak sesekali pernah melupakan aksi di kelas tersebut.

Malah dalam klausa kontraknya, Al Nassr menawarkannya peluang untuk beraksi di UCL – jika Newcastle United layak ke pertandingan itu.

Kenapa Newcastle?

Ini kerana hubungan Newcastle dengan kerajaan Arab Saudi. Kelab itu kini dimiliki oleh konsortium PIF dari Arab Saudi.

Dengan kedudukan semasa, Newcastle di landasan terbaik untuk bertanding di UCL musim hadapan.

Bermakna peluang Ronaldo kembali semula ke UCL, boleh berlaku seawal musim 2023/24. Tetapi, ianya bergantung kepada Newcastle. Jika pasukan itu berminat mendapatkan khidmatnya.

Namun Marca turut melaporkan, Ronaldo hanya boleh menyertai Newcastle secara pinjaman bukan secara tetap.

Hal ini kerana, dengan gaji semasa Ronaldo di Al Nassr, senang senang sahaja Newcastle terus gagal dalam FFP. Al Nassr benar benar mahu menjadi sebahagian daripada pembangunan dan sejarah Newcastle.

Gaji Ronaldo sebahagian besarnya akan ditanggung Al Nassr jika keadaan itu berlaku.

Jika kelab lain yang mahukan Ronaldo, ianya akan melibatkan yuran perpindahan yang lebih tinggi.

Cristiano Ronaldo memegang beberapa rekod dalam Liga Juara-Juara. Setakat ini dia adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam kejohanan eropah ini dengan 140 gol.

Satu-satunya yang mampu menyamai atau memecahkan rekod itu dalam masa terdekat ialah Lionel Messi. Juara dunia 2022 itu kini sudah ada 129 gol dalam UCL, jadi dia hanya 11 di belakang Ronaldo dan 12 lagi untuk mengatasinya.

Ronaldo pastinya sangat berminat dengan peluang beraksi semula di UCL bersama Newcastle jika kelab itu layak.

Baca yang lain