Pantas! FAS Umum Liga Singapura Pakai VAR Musim Ini Lebih Awal Daripada Liga M

Liga Singapura ternyata bertindak lebih pantas daripada Liga Malaysia dalam VAR.

Ini selepas mereka mengumumkan akan menggunakan VAR bermula awal musim 2023.

Sebelum ini, Liga Malaysia menerusi MFL mengumumkan bahawa VAR akan digunakan seawal awalnya pada peringkat akhir Piala Malaysia. Tidak pasti pada aksi kalah mati ataupun pada final Piala Malaysia.

Apa yang pasti MFL menjelaskan mereka dan FAM sedang menyiapkan pegawai dan kelengkapan VAR menerusi kursus khas.

FA Singapura (FAS) menerusi laman rasminya berkata: “VAR akan digunakan pertama kali dalam sejarah Liga Singapura bermula musim 2023 dalam Singapore Premier League (SPL).”

“FAS sudah diberikan lampu hijau untuk menggunakan VAR selepas berjaya melepasi penilaian FIFA. Ini membawa kepada proses implementation akan bermula Febuari 2022.”

“Ini termasuk lawatan oleh pegawai khas FIFA dan juga pegawai yang akan memberikan latihan kepada para pegawai perlawanan.”

Pengarah Pengadil FAS, Nazeer Hussain berkata: “Sistem VAR semakin menjadi ciri utama dalam bola sepak sejak diperkenalkan dan kami berbesar hati kerana ini akan digunakan untuk SPL.”

“Dan ianya sudah pasti akan membantu meningkatkan dan menaikkan tahap pengadilan di sini. Kami berterima kasih atas bantuan FIFA, dan sudah tentu pelbagai kelab tempatan yang telah membantu kami semasa proses pelaksanaan. Saya yakin ini adalah perkembangan positif untuk bola sepak Singapura.”

Edisi ke-28 SPL akan bermula pada 19 Februari 2023 dengan pertarungan Perisai Komuniti SPL antara juara bertahan Albirex Niigata FC (S) dan pemegang Piala Singapura Hougang United FC

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari