Ini Kronologi Peristiwa Chelsea Silap Hantar Borang Sehinggakan Ziyech Gagal Ke PSG

Pemain antarabangsa Maghribi, Hakim Ziyech gagal menjadi pemain Paris Saint-Germain ketika tarikh akhir bursa perpindahan musim dingin 2023 kerana kecuaian Chelsea.

PSG dan Ziyech dilaporkan benar benar kecewa bagaimana perpindahan yang dianggap bakal 100% menjadi itu boleh tidak menjadi.

Ziyech malah berkali kali meminta penjelasan daripada Chelsea dengan menghubungi Todd Boehly meminta penjelasan bagaimana itu semua boleh berlaku.

Ziyech kecewa kerana dia sudah sampai di Paris atas usahanya sendiri. Menggunakan wangnya sendiri untuk menyewa jet terbang ke Paris.

Chelsea dilaporkan telah tersilap menghantar borang sebanyak 3 kali.

PSG menuduh Chelsea sebagain tidak serius dalam urusan tersebut.

PSG menghantar dokumen proposal untuk meminjam Hakim Ziyech pada pukul 9.40 malam.

Namun Chelsea tidak membalas segera email tersebut. Membuatkan PSG menghubungi terus kekal itu sebanyak 3 kali iaitu pada pukul 10:46 malam, 10:48 malam dan 10:50 malam.

PSG mahu urusan itu disegerakan kerana mereka kesuntukan masa.

The Blues kemudian membalas semula pada 10.58 malam dan telah mengesahkan bahawa kertas kerja sudah disemak dan mereka menerima cadangan itu.

Kemudian Chelsea telah membalas dokumen tersebut dan borang persetujuan kelab dan pemain untuk perjanjian pinjaman. Namun borang tersebut tidak bertandatangan.

PSG seterusnya menghantar borang dari pihak mereka yang sudah ditandatangani dengan betul oleh kelab dan pemain pada 10:56 malam.

PSG meminta borang yang sudah ditandatangani dari Chelsea.

Malangnya, pada 10:58 pm Chelsea membalas bahawa mereka sudah membetulkan kesilapan itu menyerahkan borang yang sudah bertandatangan. Sekali lagi borang yang dihantar adalah kosong dan tidak bertandatangan.

PSG mulai panik dan akhirnya Chelsea menghantar borang yang betul pada 11:03 pm dan ianya sudah terlambat untuk didaftarkan dalam sistem LFP.

Dan kontrak itu dikira tidak sah kerana tidak dihantar pada masa yang tepat.

Peminat PSG menuduh Chelsea sengaja mempermainkan PSG dan tidak serius dalam perkara tersebut.

Ini kerana Ziyech adalah pemain yang boleh digunakan Chelsea dalam aksi UCL. Chelsea hanya dibenarkan mendaftarkan 3 daripada pemain baharu mereka dalam UCL bagi pusingan kalah mati.

 

Baca yang lain