Emerson Royal Belanjakan RM4.3 Juta Untuk Perbaiki Fungsi Otak Dan ‘Scout’ Achraf Hakimi

Pemain pertahanan Tottenham Hotspur, Emerson Royal berjaya mendapat kepercayaan Antonio Conte.

Dan bukan mudah untuk dia cuba meyakinkan pengurus tersebut. Emerson Royal membelanjakan sekitar £800,000 kira kira RM4.3 juta duitnya sendiri untuk membantu meningkatkan prestasinya.

Dalam aksi berdepan West Ham minggu lalu, dia menjaringkan gol pembukaan. Membantu pasukannya naik semula ke 4 teratas.

Emerson Royal bukanlah nama yang begitu diberikan perhatian sejak menyertai Spurs pada 2021. Di mana perjanjian itu sebenarnya lebih kepada paksaan, menurut pemain itu sendiri.

Emerson Royal ketika itu menyertai Barcelona. Belum pun dia membuat penampilan untuk kelab Catalan itu, namanya sudah disenaraikan untuk dijual dan dibeli oleh Spurs yang ketika itu diuruskan Nuno Espirito Santo.

Nuno Espirito kemudian dipecat dan digantikan dengan Antonio Conte. Pengurus itu memberikan kepercayaan kepada Emerson Royal.

Walaupun Emerson menyatakan dia pernah berterus terang memberitahu Conte bahawa dia tidak suka dengan kurang minit permainan di Spurs. Dia menjadi pilihan kedua di belakang Matt Doherty sebelum ini.

Conte kemudian menggariskan beberapa perkara yang membuatkan pemain itu di belakang Doherty. Ianya lebih kepada kecerdasan pemain itu yang dianggap seringkali gagal membuat keputusan tepat dalam situasi kritikal.

Dari segi permainan, Royal lebih kreatif dan bertenaga.

Lalu pemain itu bertekad akan memperbaiki aspek kecerdasannya demi untuk meyakinkan Conte. Perkara itu memang rumit, kerana kalau masalah fizikal, boleh masauk ke gym, tetapi ini melibatkan itak dan daya pemikiran.

Dia kemudian berbincang dengan ayahnya meminta bantuan. Kerana dalam kariernya, ayahnya memang pengurus peribadinya dalam banyak perkara.

Akhirnya ayah Emerson mencadangkan agar anaknya membayar saintis neuro (neuroscientist) untuk membantu dia meningkatkan prestasinya.

Ianya mustahil dilakukan dengan hanya latihan di kelab yang lebih memfokuskan kepada latihan taktikal dan fizikal. Dia memerlukan latihan tambahan secara peribadi di rumahnya atau di luar yang sesuai untuk membantu agar dia lebih cepat berfikir.

Jadi mereka mencari neuroscientist yang pakar dalam sains sukan. Pastinya kosnya sangat mahal.

Saintis neuro ini membantu meningkatkan kemahiran dan daya berfikir pemain itu. Dan dia mulai terlibat dalam prosedur untuk merangsang pemikiran agar menjadi lebih cerdas.

Conte pula menghargai usaha itu dan memberikan pemain itu lebih banyak minit perlawanan terutama sekali dalam perlawanan yang penting dan besar.

Conte kemudian melepaskan Doherty ke Atletico Madrid, bukti bahawa dia benar benar percayakan Emerson Royal.

Kini pemain itu telah banyak meningkatkan aspek taktikal dalam permainannya.

Conte turut mengajar Royal cara bermain wingback yang berkesan. Latihan yang sama diberikan Conte ketika dia membentuk Achraf Hakimi menjadi pakar dalam peranan itu ketika di Inter Milan dan membantu kelab itu menjulang Serie A.

Conte malah pernah menjadikan pemain seperti Moses dan Marcos Alonso cemerlang dalam peranan tersebut ketika di Chelsea.

Hakimi dianggap antara wingback terbaik di dunia pada ketika ini kerana mengikuti apa yang Conte ajar.

Kini Emerson Royal mahu mengikut jejak langkah pemain Maghribi itu.

Lalu dia turut membayar scouting khas bekerja untuknya untuk membantu mengumpul data pemain itu dan melihat carta pembangunan Hakimi.

Semua itu menelan kos sangat besar, di mana ianya membuatkan Emerson Royal membelanjakan sekitar RM4.3 juta secara keseluruhannya.

Baca yang lain