Abang Pogba Dah Kena Cekup, Bakal Berdepan Pertuduhan Pemerasan Ke Atas Adik Sendiri

Abang kepada Paul Pogba dan empat yang lain akan berdepan pendakwaan kerana kesalahan ‘mensasarkan’ Paul Pogba dengan mengugut.

Keputusan sama ada abang Pogba dan beberapa lagi individu, sama ada mereka berdepan pendakwaan akan diketahui pada Sabtu.

Perkaran itu disahkan sendiri oleh sumber kehakiman di Perancis.

Mereka dijadual hadir di hadapan hakim keesokan harinya, kata sumber itu.

Mathias Pogba, 32, mengakui berada di sebalik video pelik yang diterbitkan dalam talian pada 27 Ogos yang berjanji akan membuat “pendedahan sensasi” mengenai pemain Juventus dan juga pemain pasukan kebangsaan Perancis itu.

Empat lagi yang lain semuanya rapat dengan adik-beradik Pogba dan berusia antara 27 dan 36 tahun.

Kelima-lima mereka telah ditahan dalam tahanan sejak Selasa dan Rabu.

Paul Pogba telah memfailkan aduan kepada pendakwa raya Turin pada 16 Julai, mengatakan dia menjadi sasaran plot pemerasan bernilai 13 juta euro.

Menurut sumber yang rapat dengan keluarga Pogba yang dihubungi AFP, sejumlah besar wang sedang dituntut daripada Paul Pogba jika dia mahu mengelak penyebaran video yang didakwa menjejaskan.

Paul Pogba memberitahu penyiasat bahawa pemeras ugutnya mahu memburuk-burukkannya dengan mendakwa dia meminta seorang dukun kerana cemburu dengan bintang Paris Saint-Germain dan Perancis Kylian Mbappe.

Dia meminta dukun itu membantunya untuk naik seperti Mbappe. Tetapi tuduhan itu segera dinafikan Pogba. Dia mengakui menggunakan dukun tetapi untuk melindunginya daripada kecederaan.

Pendakwa raya Perancis melancarkan siasatan pada 2 September. Ia dikendalikan bersama oleh unit anti-geng dan pusat jenayah polis Perancis.

Beberapa orang, termasuk ibu Pogba, telah pun ditemu bual oleh polis, kata sumber kehakiman kepada AFP.
Di atas padang, harapan Pogba untuk bermain untuk Perancis pada Piala Dunia di Qatar akhir tahun ini, ianya kelihatan tidak menentu selepas kecederaan lutut. Dia menjalani pembedahan yang disifatkan sebagai “berjaya” awal bulan ini.

Mathias ugut Paul

Beberapa minggu lalu, selepas memuat naik video pertama Mathias tampil dengan dakwaan yang mengejutkan terhadap bintang Juventus itu, dengan menyatakan bahawa dia “hampir mati” kerana adiknya itu.

Mathias, yang telah bermain untuk kelab seperti Wrexham, Crewe Alexandra dan Crawley, menyiarkan video pelik tiga minit di media sosial di mana dia berjanji untuk mendedahkan maklumat “menggemparkan” tentang adiknya.

Dia berkata bahawa rakan sepasukan dan penaja Pogba “layak mengetahui perkara tertentu”.

Kemudian pada waktu petang, cerita itu ada plot twist yang luar biasa apabila muncul Pogba telah memberitahu pihak berkuasa Itali dan Perancis bahawa sekumpulan geng jenayah terancang yang melibatkan abangnya telah memeras ugutnya dengan sejumlah €13 juta.

FranceInfo menerbitkan cerita itu, yang memaparkan beberapa butiran yang agak sensasi dan mengejutkan.

Dan Mathias, berusia 32 tahun, telah bertindak balas dalam bebenang Twitter dengan menuduh adiknya berbohong kepada polis dan berniat jahat cuba menghantarnya ke penjara.

Selain itu, Mathias juga mendakwa dunia akan melihat bahawa “tiada orang yang lebih pengecut, pengkhianat dan hipokrit” lebih daripada bekas pemain tengah Manchester United itu.

“Apa yang saya jangka telah berlaku. Adik lelaki saya akhirnya mula menunjukkan wajah sebenar. Dia berbohong kepada polis dan mengeluarkan maklumat palsau, anda tidak boleh salahkan saya,” tulis Mathias di Twitter.

“Paul, kamu mahu menutup mulut saya untuk berbohong dan menghantar saya ke penjara. Saya mengesyakinya dan kini ia benar.”

“Versi fakta saya berlaku dan tidak seperti kamu, saya mempunyai cukup untuk membuktikan kata-kata saya dan pembohongan kamu. Saya akan memberitahu kamu sekali lagi: adik, memanipulasi pemikiran orang lain adalah perkara tidak baik!

“Ini bukan soal wang: Kamu yang libatkan saya [terlebih dahulu] dan saya hampir mati kerana kamu, di mana kamu tinggalkan saya dalam lubang seorang diri ketika kamu sedang melarikan diri dan kamu sekarang nak berpura-pura tidak bersalah.”

“Apabila segala-galanya diketahui umum, orang akan melihat bahawa tiada siapa yang lebih pengecut, pengkhianat dan hipokrit daripada kamu di bumi ini.”

Dalam temu bual dengan penyiasat, Pogba memberitahu mereka bahawa dia diugut oleh dua lelaki dengan menutup kepala mereka yang membawa senjata api di sebuah pangsapuri Paris pada Mac dan mereka menuntut dia menyerahkan dana €13 juta.

Lelaki terbabit dikatakan kawan zaman kanak-kanaknya yang percaya mereka berhak mendapat sebahagian daripada wang yang dinikmati Pogba ketika ini kerana melindungi pemain itu secara senyap senyap selama ini. Mereka meminta wang bayaran untuk perkerjaan melindungi Pogba.

Pada Januari, Pogba memutuskan hubungan persahabatan dengan seorang individu selepas mendapati dia menggunakan kad kreditnya untuk mencuri €200,000 dan menghalaunya keluar dari rumahnya di Manchester.

Pemeras ugut itu difahamkan telah muncul di tempat latihan Juventus bulan lalu dan Pogba, dengan nasihat peguam kelab, memutuskan untuk pergi ke polis.

Kumpulan itu didakwa mengugut untuk mencipta berita palsu bahawa Pogba meminta seorang bomoh untuk menyantau rakan sepasukan Kylian Mbappe – sesuatu yang dinafikannya sekeras-kerasnya oleh Pogba.

“Pendedahan Mathias Pogba baru-baru ini di media sosial malangnya bukan sesuatu yang mengejutkan,” kata Pogba dalam satu kenyataan.

“Ia datang selepas ugutan dan percubaan peras ugut oleh geng terancang terhadap Paul Pogba.”

“Ini telah dirujuk kepada pihak berkuasa yang berkenaan di Itali dan di Perancis sebulan lalu.”

Baca yang lain