‘Actions Speaks Louder Than Words’ — TMJ Senaraikan 10 Sumbangannya Dan JDT Kepada Bola Sepak Malaysia

Pemilik JDT, Tengku  Mahkota Johor ataupun TMJ bersuara menerusi ruangan media sosialnya.

Dalam muat naik ringkas dan sinisnya, TMJ menyenaraikan 10 sumbangan beliau dan juga kelab JDT kepada bola sepak Malaysia.

TMJ menulis: “Cabaran kepada yang mempersoalkan sumbangan saya dan JDT kepada pasukan kebangsaan dan bola sepak tanah air.”

1. Menyumbang 16 mata AFC MA Ranking untuk memberikan lebih banyak slot kepada pasukan pasukan dari Liga Super beraksi ke peringkat Asia.

2. Membantu Malaysia mengutip 32.07 mata ranking dunia FIFA – [membantu] menaikkan ranking negara dari kedudukan 154 ke 146 dalam masa setahun.

3. Meminjamkan pusat latihan untuk kegunaan skuad kebangsaan dan meminjamkan Stadium Larkin dan Stadium Pasir Gudang untuk tujuan latihan dan perlawanan persahabatan pada 2021.

4. Menaja kos RM1.4 juta – (bagi) menanam rumput baharu Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dijadualkan akan bermula prosesnya pada Mac 2023.

5. Meminjamkan kanvas stadium untuk menjaga kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum perlawanan-perlawanan penting skuad kebangsaan.

6. Memberi sebuah bas rasmi untuk kegunaan pasukan kebangsaan pada 2017.

Malah TMJ sendiri meninggalkan jasa besar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semasa memegang tampuk presiden:

7. Merombak dan mengecilkan saiz staf pentadbiran FAM untuk menjaga kewangan FAM.

8. Mengurangkan jumlah saman MP Silva terhadap FAM dari RM6.5 juta kepada RM1.4 juta. RM1.4 juta itu kemudiannya dibayar sendiri oleh TMJ untuk untuk menyelesaikan kes saman tersebut.

9. Membelanjakan RM12 juta duit sendiri untuk melapuskan hutang lapuk FAM dan menyuburkan program-program akar umbi sebelum meninggalkan FAM dalam keadaan lebih baik.

10. Menghantar jurulatih skuad kebangsaan ke luar Sepanyol untuk perkongsian profesional.

Beliau menutup: “Sekarang saya cabar mana mana pihak atau individu untuk memberikan saya 1 nama sesiapa yang telah memberikan sumbangan lebih daripada saya kepada pasukan kebangsaan dan bola sepak tanah air. Termasuk nama pemimpin pemimpin kelab anda.”

TMJ turut menyindir pihak yang mempersoalkan patriotismenya: “Patriotik? Tindakan itu lebih kuat daripada sekadar berbunyi.”

Baca yang lain