Ada Pemain Real Kantoikan Ramos Suruh Mereka Tolak Pemotongan Gaji Kerana Ianya Untuk Beli Mbappe

Sergio Ramos dijangka akan meninggalkan Real Madrid setelah kontrak dia berakhir secara rasmi. Beberapa pasukan dikaitkan dengan kapten legenda Real Madrid itu termasuk PSG dan Manchester City.

Hubungan Ramos dengan kelab seakan akan tak berapa bagus sejak akhir akhir ini. Pada Februari lalu, Ramos mewakili pemain pemain Real Madrid telah menolak untuk dipotong gaji.

Ini kerana mereka tidak mahu wang mereka bukan digunakan untuk kebajikan kelab seperti membayar gaji staf dan sebagainya. Sebaliknya Ramos menyesyaki kelab cuba menyimpan wang tersebut untuk menambah dana mendapatkan beberapa pemain bintang.

Sejak hari itu, Ramos telah menjadi individu yang kurang disenangi pengurusan Florentino Perez.

Ramos antara pemain yang menerima gaji tertinggi di Bernabeu. Ramai yang terkejut apabila Real Madrid dan Ramos gagal mencapai kesepakatan yang baharu.

Terbaru ada pemain telah memberitahu kelab bahawa Sergio Ramos mengingatkan pemain pemain Real Madrid agar tidak menerima pemotongan gaji.

Kerana wang tersebut mahu digunakan kelab untuk membeli dan memberikan kontrak kepada Kylian Mbappe. Pemain tersebut juga menyatakan bahawa Ramos menghubungi dan menghantar mesej kepada setiap seorang pemain Real Madrid agar tidak sesekali tunduk dengan permintaan kelab yang mahu memotong gaji mereka.

Ini kerana Ramos merasakan bahawa wang itu hak mereka. Jika ianya digunakan untuk membantu petugas barisan hadapan ketika menghadapi wabak, Ramos tidak ada masalah. Bukannya untuk digunakan untuk ‘top up’ wang membeli dan membayar gaji Mbappe.

Real Madrid bergelut dengan beban hutang kelab yang tinggi dalam usaha mereka mahu membentuk pasukan yang lebih mantap.

Ianya telah menjadi salah satu sebab kenapa Florentino Perez sangat terdesak mahukan Liga Super Eropah yang mampu memberikan pulangan berlipat ganda kepada kelab.

Namun ianya dihalang oleh UEFA dan FIFA. Walaubagaimanapun, Perez masih tidak berganjak dengan idea tersebut bersama sama dengan dua lagi kelab yang masih mempertahankan ESL iaitu Barcelona dan Juventus.

Real Madrid yang baru mengumumkan Carlo Ancelotti sebagai pengurus sudah berikrar akan membawa masuk beberapa pemain berkualiti terutama sekali untuk menggantikan Sergio Ramos.

Selain daripada Ramos, dua lagi pemain yang dijangka akan dilepaskan oleh Madrid iaitu Isco dan Raphael Varane. Sementara Marcelo akan terus kekal bersama dengan mereka.

Siapa agaknya pemain pemain yang dimaksudkan oleh laporan tersebut? Yang telah berpaling tadah dan memberitahu kelab akan perkara tersebut.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di