Adakah Khabib Bakal Kembali Ke Octagon?

Juara kelas ringan UFC, Khabib Nurmagomedov, baru sahaja mengambil ujian doping yang sedang dilakukan oleh USADA (Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat).

Dia berkongsi saat dia menjalani ujian doping tersebut menerusi Instagramnya. Post itu telah menarik perhatian ramai pihak. Ini kerana sebelum ini Khabib telah memutuskan untuk mengundurkan diri setelah mengalahkan Justin Gaethje di UFC 254.

Ramai juga yang menyatakan Khabib kemungkinan baru sahaja mengikuti prosedur untuk kembali semula ke pertarungan.

“Ini adalah kali ke-47 sejak 2015, saya menjalani ujian doping dengan USADA. Fikirkan nombor ini,” tegas juara dengan rekod 29-0 dari Dagestan itu.

Ramai yang mengalu alukan kepulangan semula petarung Rusia itu jika beliau berhasrat untuk kembali.

Ini kerana bagi mereka Nurmagomedov petarung MMA terbaik ketika ini, sama di dalam gelanggang dan apa yang dilakukannya di luar gelanggang.

Khabib memberikan banyak perubahan kepada MMA dari segi hormat menghormati. Dan nilai itu yang membuatkan ramai menyatakan mereka akan berbesar hati menerima kepulangan semula Nurmagomedov.

Khabib bersara kerana ibu dan ayahnya

Bercakap kepada Jon Anik di dalam Octagon selepas tamat pertarungannya dengan dengan Gaethje, dia dengan menangis menyatakan: “Hari ini saya ingin mengatakan ini adalah pertarungan terakhir saya.”

“Tidak mungkin saya datang ke sini tanpa ayah saya. Ketika UFC datang menghubungi saya mengenai Justin, saya bercakap dengan ibu saya selama tiga hari.”

“Dia [ibu] tidak mahu saya bertarung lagi tanpa ayah saya di sini. Saya sudah berjanji kepadanya bahawa ini akan menjadi pertarungan terakhir saya dan jika saya akan menunaikan janji saya kepadanya.”

Khabib turut meminta Justin Gaethje untuk terus rapat dengan orang tuanya.

Khabib Nurmagomedov dan Justin Gaethje terus mengekalkan semangat kesukanan mereka.

Walaupun di atas gelanggang mereka musuh, namun selepas tamat pertarungan kedua duanya saling menghormati. Gaethje menenangkan Khabib selepas pertarungan  walaupun dia dikunci oleh petarung itu di pusingan kedua.

Gaethje melihat lawannya itu sangat emosi kerana terkenangkan arwah ayahnya.

Sebelum pertarungan, kedua duanya tidak ada trash talks yang mengutuk satu sama lain termasuk melibatkan isu sensitif seperti agama, negara dan keluarga.

Ketika sesi face off, Khabib dan Gaethje tegas namun tetap tidak memprovokasi lawan mereka. Ramai memuji kedua duanya.

Khabib kemudian memohon kepada Gaethje agar pertarung itu terus rapat dengan ibu bapanya. Ini kerana sebelum pertarungan Khabib ada mendengar petarung itu menyebut ibunya.

Khabib suka dengan sikap Justin yang rapat dengan keluarganya walaupun sudah berada di pentas tertinggi sekalipun.

Dia berkata: “Terima kasih banyak Justin. Pada tahun 2016 saya ingat, ketika saya mengurangkan berat badan, kamu banyak membantu saya. Terima kasih saudaraku.”

“Saya tahu anda seorang yang hebat dan saya tahu bagaimana anda menjaga orang-orang terdekat anda [keluarga].”

“Saya tahu banyak perkara mengenai kamu.”

“Terus dekat dengan ibu bapa kamu kerana kamu tak tahu apa yang akan berlaku suatu hari nanti.”

“Kamu tidak pernah tahu apa yang akan terjadi esok, kamu tidak akan tahu.”

Sebelum pertarungan, Gaethje pernah bertekad, jika menang beliau  mahu menggunakjan wang PPV untuk membantu ibunya yang bersusah payah membesarkannya dan adik adiknya.

Petarung berusia 31 tahun itu juga mendedahkan bahawa dia akan memaksa ibunya untuk bersara setelah pertarungan malam tadi.

Dia berkata: “Ketika pertarungan ini dimulakan, ketika loceng itu berbunyi di awal maka saya akan memastikan bahawa dia akan mengundurkan diri dari alam pekerjaan setelah pertarungan ini.

“Dia berada di sana [di tempat kerjanya] selama 35 tahun.”

Gaethje sendiri masih tak percaya bahawa beliau akan bertarung di pentas perebutan kejuaraan dunia berdepan dengan juara bertahan di dalam kariernya. Beliau sebelum ini menewaskan Tony Ferguson untuk menempah tiket ke pertarungan perebutan kejuaraan penuh.

Gaethje juga kemudian mengambil kesempatan menyatakan simpatinya kepada Khabib di atas kehilangan ayahnya yang tersayang.

“Saya tak pernah ada peluang nak cakap dengan kamu, tetapi saya tumpang sedih di atas kehilangan yang kamu rasai.”

“Kamu baru saja membuatkan ayah kamu benar benar bangga.”

Dana White percaya Nurmagomedov hanya akan bersara selepas 30-0

Khabib Nurmagomedov telah menamatkan kariernya pada kemuncak dengan rekod 29-0. Dalam kariernya dilaporkan beliau cuma tewas dua pusingan.

Namun Dana White menyatakan, beliau yakin Khabib Nurmagomedov akan kembali semula untuk menjadikan rekodnya 30-0.

Sebelum ini Khabib pernah berhasrat untuk bersara jika beliau berjaya mencapai rekod 30-0.

Pasukan kejurulatihan Khabib juga masih percaya petarung itu akan kembali untuk sekali lagi – sekurang kurangnya.

Ini kerana Khabib tak pernah menyatakan atau berbincang dengan mereka berkaitan perkara tentang persaraannya. Lalu mereka menyatakan bahawa kenyataan Khabib malam itu terlalu terbuai buai dengan emosi di atas apa yang telah menimpa dirinya dalam beberapa bulan ini.

Dana White memahami kenapa Khabib sangat emosi. Bermula daripada kehilangan ayahnya, Khabib juga menerima rawatan di hospital kerana kecederaan serius dalam persiapan beliau bertemu Gaethje.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di