AFC Raikan Sejarah Pertama Kali 3 Wakil Asia Layak Ke Kalah Mati Piala Dunia

AFC tidak dapat menahan rasa bangga mereka dengan pencapaian luar biasa pasukan Asia pada kali ini.

Ini adalah pertama kalinya 3 wakil daripada konfederasi bola sepak Asia yang mara ke pusingan 16 akhir Piala Dunia,

AFC menggelarkan kejayaan ini sebagai kejayaan yang memecahkan rekod baharu.

1. Jepun

Jepun mara dengan cara sangat dramatik. Kunci utama kejayaan mereka pastinya ketika menewaskan Jerman dalam aksi pembukaan.

Ianya dianggap sejarah luar biasa untuk pasukan Samurai Biru itu.

Namun tidak lama kemudian mereka menewaskan satu lagi pasukan dalam senarai juara Piala Dunia iaitu Sepanyol dalam aksi terakhir peringkat kumpulan untuk layak ke kalah mati sebagai juara kumpulan yang dihuni oleh Jerman, Sepanyol dan Costa rica.

Jepun benar benar boleh menganggap Stadoum Antarabangsa Khalifa dia Qatar sebagai rumah kedua mereka. Ini kerana pada 2011 mereka pernah menjadi juara Asia ketika final di stadium tersebut.

Dan pada 2022, di stadium yang sama mereka menewaskan bekas juara dunia dan juara Eropah, Sepanyol untuk mara ke kalah mati Piala Dunia 2022.

Jepun akan menentang Croatia, yang merupakan naib juara edisi 2018.

2. Korea Selatan

Sama seperti Jepun, pasukan Korea Selatan memerlukan keajaiban dalam perlawananΒ  terakhir untuk mara.

Dan mereka berjaya melakukannya. Mereka menang ke atas Portugal menerusi gol masa kecederaan Hwang Hee Chan.

Korea ketinggalan pada minit kelima. Dan bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-27 menerusi Kim Young Gwon sebelum Hee Chan meledak gol kemenangan.

Korea Selatan kini mencipta rekod mara ke pusingan 16 akhir buat kali ketiga dalam sejarah negara mereka.

Lawan Korea Selatan yang seterusnya adalah pasukan heavyweight dan pilihan juara iaitu Brazil.

3. Australia

Negara kepulauan ini berada dalam konfederasi AFC sejak beberapa tahun lalu. Dan mereka berjaya mengharumkan nama AFC dengan kejayaan mara ke pusingan 16 akhir.

Mereka mara mengiringi pasukan Perancis dari kumpulan D. Hanya dibezakan dengan perbezaan jaringan dengan juara bertahan Perancis.

Lawan mereka seterusnya adalah Argentina, juga merupakan pasukan pilihan juara.

Seterusnya kredit juga kepada pasukan Arab Saudi yang berjaya menewaskan Argentina dalam edisi kali ini. Mereka juga turut mempamerkan aksi cemerlang dalam aksi menentang Poland dan Mexico walaupun kalah. Banyak perubahan yang sudah mereka capai.

Qatar adalah pasukan yang agak mengecewakan pada kali ini. Mereka kalah kesemua aksi di peringkat kumpulan. Menjadi negara penganjur pertama yang kalah dalam perlawanan pembukaan dan gagal menang sebarang perlawanan di peringkat kumpulan.

Baca yang lain