AFCON: Salah Pulang Awal Ke Liverpool, Dijangka Kembali Semula Jika Mesir Layak Semifinal

Mohamed Salah akan kembali ke Liverpool lebih awal bagi menjalani rawatan kecederaan belakangnya. Mo Salah kini berada di Ivory Coast untuk kempen Piala AFCON 2023.

Namun dia nampaknya harus kembali semula ke Liverpool.

Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) mengesahkan Mo Salah akan meneruskan rawatan di kelabnya seperti yang dicadangkan pengurus Liverpool Jurgen Klopp pada Ahad selepas kemenangan 4-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris mereka di Bournemouth.

Mesir bagaimanapun masih berharap Salah dapat memainkan peranannya pada kejohanan itu. Dengan mereka berharap Mo Salah akan kembali menyertai mereka jika pasukan itu mara ke separuh akhir AFCON 2023.

“Kami berharap dapat menggunakan khidmatnya di separuh akhir Piala Negara Afrika sekiranya layak,” kata EFA dalam satu kenyataan.

Salah mengalami kecederaan ketika menentang Ghana pada hari Khamis. Klopp sebelum ini berkata dia menjangkakan Salah akan kembali ke Liverpool untuk menjalani pemulihan atau sekurang-kurangnya bekerja dengan kakitangan perubatan.

“Itulah rancangannya,” kata Klopp. “Walaupun lama dia berada di luar, mungkin masuk akal untuk semua orang [memulihkan kecederaan] dengan kami [di Liverpool] atau dengan orang kami. Itulah rancangannya.”

Tidak lama selepas itu ejen kepada Mo Salah, Ramy Abbas mendedahkan bahawa kecederaan Mo Salah lebih serius daripada apa yang dilihat.

Ramy Abbas menolak pandangan bahawa Mo Salah mungkin akan berehat hanya untuk 2 perlawanan sahaja.

“Kecederaan Mohammed Salah adalah lebih serius daripada tanggapan awal dan dia akan berehat sekitar 21 ke 28 hari. Dan bukannya hanya untuk 2 perlawanan sahaja.

“Cara terbaik untuk dia terlibat dalah AFCON semasa ini, adalah dengan menjalani raawatan rehabilitasi intensif di UK dan menyertai semula pasukan sebaik sahaja dia sembuh.”

Berita ini juga tamparan buat Liverpool. Kerana  mereka pastinya tidak mahu pemain itu cedera.

Lebih lebih lagi skuad itu ketika ini sedang dalam persaingan sengit dengan Manchester City dan Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Walaubagaimanapun, Liverpool setakat ini masih berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan ketika Mo Salah tidak berada bersama dengan mereka berikuan komitmennya kepada Mesir.

Baca yang lain