AFF B-23: Ferrari, Ronaldo, Figo, Taufik Hidayat, Antara Terkena Wabak, Indonesia Rasmi Tarik Diri

Pasukan Kebangsaan B-23 Indonesia secara rasminya telah membatalkan penyertaannya dalam Piala AFF B-23 2022 di Kemboja. Walaupun agak mengejutkan, namun keputusan rasmi tentang perkara itu sudah dibuat.

Kejohanan itu dijadualkan berlangsung pada 14-26 Februari 2022. Indonesia merupakan antara pasukan pilihan dalam kejohanan tersebut.

Ini kerana mereka memiliki ramai pepamin pemain muda yang berprestasi tinggi pada ketika ini. Termasuk mereka yang berada dalam skuad kebangsaan pasukan utama yang bermain di Piala AFF 2020 yang lalu.

Pasukan kebangsaan B-23 Indonesia sebelum ini diundi dalam Kumpulan B bersama pasukan kebangsaan Malaysia – yang merupakan seteru tradisi. Seterusnya ada Laos dan Myanmar.

Alasan pembatalan ini adalah kerana 7 pemain dari pasukan kebangsaan B-23 telah positif wabak pada ketika ini. Keadaan itu benar benar teruk untuk pasukan B-23 yang dibimbing Shin Taey Yong.

Shin Tae Yong memang menggalas dua pasukan Indonesia secara serenta iaitu Timnas utama dan B-23.

Mereka ialah Ronaldo Kwateh, Muhammad Ferrari, Braif Fatari, Taufik Hidayat, Irfan Jauhari, Ahmad Figo, dan Cahya Supriadi. Ianya memberikan kesan yang sangat besar kepada pasukan yang kehilangan sebahagian besar pemain.

Selain itu, terdapat tiga lagi pemain Garuda Muda, iaitu Marselino Ferdinand, Muhammad Kanu, dan Alfeandra Dewangga juga masih menjalani kuarantin sendiri di rumah mereka.

Selain kes wabak yang menular dalam pasukan mereka, tiga lagi pemain B-23 masih belum pulih daripada kecederaan.

Ginansar Mandowen, Ramai Rumakiek, dan Muhammad Iqbal mengalami kecederaan ketika masih bermain untuk kelab masing-masing. Nik bukan Iqbal yang nyanyi hari tu ye. Tu lain..

Jurulatih pasukan kebangsaan B-23, Shin Tae-yong kemudian menegaskan adalah mustahil untuk mereka menghantar pasukan untuk bertanding pada kali ini.

Lantas dia memberikan cadangan dengan menghantar surat rasmi kepada PSSI untuk membatalkan penyertaan mereka dalam Piala AFF B-23 2022 di Kemboja.

Walaupun perit, namun Shin Tae Yong menyatakan bahawa mereka terpaksa melakukannya.

Seterusnya, Pengerusi PSSI, Mochamad Iriawan, Timbalan Setiausaha Agung Iwan Budianto, Yunus Nusi, Pengarah Teknologi Indra Sjafri, dan Shin Tae-yong mengadakan perbincangan berhubung isu pembatalan ini.

Mereka akhirnya mencapai kata sepakat bahawa penyertaan mereka rasminya dibatalkan. Dan berita itu diumumkan sendiri oleh Setiausaha Agung PSSI, Yunus Nusi.

Yunus berkata: “Dengan rasa kesal kami terpaksa membatalkan penyertaan Indonesia dalam Piala AFF B-23 atas sebab di atas. Kami memohon maaf kepada semua pihak kerana keadaan ini di luar kawalan kami.”

“Buat masa ini kami fokus untuk menyembuhkan pemain yang terjejas akibat pandemik dan cedera.”

Rata rata peminat berbelah bagi dalam menerim penarikan diri tersebut. Ada yang berlapang dada menerimanya, kerana bagi mereka, apa yang paling penting adalah kesihatan.

Dan mereka berharap pemain pemain muda ini tidak terlalu kecewa kerana masih ada banyak lagi kejohanan menanti mereka di masa akan datang.

Namun ada juga yang mempersoalkan keputusan tersebut. Kerana menurut mereka masih ramai lagi pemain muda yang lain boleh diketengahkan.

Kemudian mereka mempersoalkan, kenapa liga masih elok je berjalan?

Mereka juga menganggap PSSI sebagai perosak kepada persiapan pada kali ini.

Apapun, kita sama sama harapkan mereka yang terkena pandemik agar cepat bebas daripada penyakit tersebut.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di