Air Cond Punca Qatar Kalah Di Tangan Ecuador

Legenda Nigeria, Jay Jay Okocha membuat kenyataan yang sangat luar biasa dalam analisis perlawanan pembukaan Piala Dunia melibatkan tuan rumah Qatar dan juga Ecuador.

Bekas bintang Liga Perdana, Jay-Jay Okocha menjelaskan bahawa penghawa dingin di Stadium Al Bayt, Al Khor, mungkin menjejaskan rentak pemain pasukan kebangsaan Qatar.

Di mana Qatar kalah 0-2 dalam perlawanan tersebut. Enner Valencia menjaringkan dua gol yang membuatkan Qatar menelan kekalahan di hadapan penyokong mereka sendiri.

Okocha yang juga pernah bermain di Piala Dunia semasa mewakili Nigeria kini menjadi pundit di televisyen.

Okocha memuji Ecuadoor yang menyelesaikan tugasan mereka dengan cukup profesional.

Okocha berkata: “Mereka melakukan kerja profesional. Mereka mendapat tiga mata…diperlukan.”

“Tetapi pada pendapat saya, Qatar menjadikannya lebih mudah untuk mereka.”

Okocha merasakan bahawa pemain pemain Qatar agak gugup dan gementar dalam berdepan dengan Ecuador. Ianya mungkin ditambah dengan suhu di dalam stadium yang sangat berbeza dengan kebiasaan.

Qatar memasang penghawa dingin di kesemua stadium mereka. Dan penghawa dingin itu akan menyejukkan stadium agar suhu di sekitar 18-24 darjah celcius.

Ada lubang paip penghawa dingin besar tepi stadium. Kemudian di bawah permukaan padang juga ada teknologi digunakan mengawal suhu permukaan padang.

Okocha merasakan Qatar bergelut dengan suasana ini. Dan mungkin aksi kedua mereka akan lebih baik?

Legenda itu menambah: “Saya tidak tahu sama ada tekanan agak membebankan mereka pada separuh masa pertama atau mungkin penghawa dingin mungkin menjejaskan pemain mereka.”

“Ini kerana mereka sudah biasa bermain dalam keadaan panas, tetapi anda perlu memberi kredit kepada Ecuador kerana ia tidak mudah untuk bermain menentang tuan rumah dan mereka menyelesaikan tugasan mereka itu.”

Pada separuh masa pertama Jay Jay Okocha turut membidas persembahan Qatar dan mempersoalkan apa yang mereka lakukan sepanjang enam bulan sebelum ini?

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.