TERKINI: Ajax Dan Man United Capai Persetujuan Untuk Van De Beek Dengan Harga £35.7 Juta

Manchester United telah mencapai persetujuan dengan Ajax untuk Donny van de Beek. Di mana Man United akan membayar £ 35.7 juta (€ 40 juta) ditambah dengan bayaran add ons, dengan syarat peribadi yang dipersetujui dengan pemain tengah Belanda dalam perjanjian sehingga 2025.

Van de Beek telah menarik minat beberapa kelab terkemuka di Eropah.

Ini selepas beliau berjaya menunjukkan aksi cemerlang dalam beberapa musim ini. Beliau juga berjaya membantu Ajax mara ke separuh akhir UCL pada musim 2018/19 dengan bergaya sekali.

Antara kelab lain yang dikaitkan dengan Van De Beek adalah Real Madrid dan Barcelona.

United, bagaimanapun, telah menewaskan kelab-kelab lain untuk mendapatkan tandantangan pemain berusia 23 tahun itu.

Man United berhubung dengan ejen Van De Beek semalam. Namun tiada bidaan rasmi dibuat. Van De Beek awalnya masih menunggu tawaran daripada Barcelona.

Namun keadaan di Nou Camp pada ketika ini adalah bertumpu kepada isu kontrak Messi. Di mana pasukan Catalan itu juga tidak menghantar sebarang bidaan.

United kemudian memulakan langkah mereka dan berunding dengan Ajax.

United berjaya mencapai kesepakatan secara peribadi dengan Van De Beek. Dan bermakna selepas itu, dua kelab akan berbincang tentang soal harga.

Akhirnya kedua dua pihak setuju dengan harga £35.7 juta.

Kejayaan mendapatkan Van De Beek ini juga adalah hasil hubungan kuat dengan juara Eredivisie itu — terima kasih juga kepada mantan penjaga gawang Edwin van der Sar, yang merupakan ketua eksekutif Ajax.

Perpindahan ini harus dimuktamadkan secara rasmi pada minggu ini.

Van de Beek menjaringkan 41 gol dalam 175 penampilan untuk pasukan pertama Ajax. Van De Beek juga sudah bersama  dengan kelab Belanda sejak berusia 11 tahun.

Pembelian Van de Beek bermaksud Ole Gunnar Solskjær mendapatkan seorang lagi pemain tengah dalam pasukannya.

Selain itu, ia pasti memberikan kelegaan sedikit buat penyokong Man United yang masih kecewa dengan kegagalan mendapatkan Jadon Sancho.

Van De Beek adalah pemain tengah yang mempunyai keupayaan sangat bagus di zon serangan.

 

Baca yang lain