Ajax Kini Di Zon Penyingkiran, Gagal Menang 8 Perlawanan Terakhir Mereka

Ajax Amsterdam mencatatkan satu lagi kekalahan semalam. Di mana pasukan yang dianggap paling berperngaruh di Belanda itu kalah 4-3 di tangan FC Utrecth,

Menjerumuskan mereka di tangga ke-17 dalam carta Liga Eredvisie Belanda. Kedudukan paling teruk Ajax dalam sejarah kelab itu beraksi di Eredivisie. Mereka hanya 1 mata daripada pasukan di tangga paling corot.

Kekalahan itu juga menyebabkan Ajax mencipta satu lagi rekod buruk. Di mana buat pertama kalinya, pasukan mereka tidak dapat menang 8 perlawanan berturut turut dalam semua pertandingan.

Ajax setakat ini sudah bermain 7 perlawanan liga dan hanya menang sekali, seri 2 kali dan kalah 4 kali.  Dengan perbezaan jaringan negatif 5 terus.

Mereka kalah kesemua 4 perlawanan liga terakhir mereka. Dengan kemenangan terakhir mereka dalam aksi liga hadir pada Ogos yang lalu.

Sejak ditinggalkan Erik Ten Hag pasukan itu berada dalam tragedi. Sebelum kehadiran Ten Hag, Ajax gagal menjuarai Eredivisie selama 5 musim lamanya. Namun kehadiran pengurus itu membuatkan mereka menjuarai 3 kejuaraan berturut turut.

Polisi Ajax memakan diri. Sebelum ini bekas kapten mereka, Dusan Tadic pernah bertengkar dengan pengurusan tertinggi yang berterusan menjual pemain bintang namun gagal menggantikan mereka dengan pemain baharu.

Dalam beberapa musim kebelakangan ini, Ajax menjual nama nama besar, bermula dari Donny Van De Beek, Frenkie De Jong kemudian membawa kepada nama seperti Lisandro Martinez dan juga Antony. Itu antara nama nama bintang yang mereka lepaskan.

Dusan Tadic akhirnya memutuskan untuk menamatkan kontraknya dengan Ajax selepas kelab itu dianggap kedekut berbelanja. Ianya selepas Dusan Tadic berjumpa dengan pengurusan tertinggi Ajax dan bertanya hala tuju kelab itu.

Tadic tidak gembira dengan kelab yang tidak aktif membeli pemain pemain baharu pada beberapa jendela perpindahan. Namun berterusan menjual pemain ke kelab lain. Kemuncak kepada kemarahan Tadic apabila Ajax menjual Jurrien Timber ke Arsenal. Dan tidak ada menunjukkan tanda tanda mahu membeli pertahanan berkelas dunia untuk menggantikan pemain tersebut.

Tadic sudah memberikan amaran kepada Ajax bahawa kelab itu bakal melingkup jika terus menjadi pembekal pemain kepada kelab lain.

Ajax kemudian bersetuju untuk menamatkan kontrak Dusan Tadic atas persetujuan bersama. Dan pemain itu dilepaskan secara serta merta, bergelar ejen bebas. Difahamkan, dalam tawaran kontrak kepada Tadic sebelum ini kelab berjanji akan terus berbelanja untuk menguatkan pasukan bagi bersaing di peringkat tertinggi seperti di UCL.

Tadic yang merupakan kapten Ajax telah meninggalkan kelab itu dengan rekod 241 penampilan, 105 gol dan 112 assist.

Dianggap antara pemain paling kreatif untuk Ajax pada eranya. Dia dipuji peminat Ajax ketika berani mengorbankan kontraknya demi bersuara untuk pasukan.

Aksinya ketika menentang Real Madrid pada 2019 dianggap sebagai salah satu aksi terbaik dalam sejarah UCL untuk aksi individu. Di mana lama L’Equipe memberikannya rating 10/10.

Dengan pemergian Dusan Tadic ini bermakna pasukan yang beraksi pada separuh akhir UCL 2019 semuanya sudah meninggalkan Ajax.

Ternyata Ajax menjadi feeder club kepada kelab lain. Lebih banyak menjual berbanding usaha mahu membentu pasukan memnenangi trofi.

Tadic sebahagian daripada generasi emas Ajax yang mengembalikan semula kejuaraan Liga Belanda ke kelab itu. Dia akhirnya menyertai Fenerbahce.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu