Al Ettifaq Halang Jordan Henderson Sertai Gergasi Serie A

Jordan Henderson dilaporkan antara bintang yang mahu meninggalkan Liga Pro Saudi dan kembali ke kancah bola sepak Eropah.

Ada beberapa pasukan dari EPL yang dikatakan berminat untuk mendapatkan semula Jordan Henderson.

Pemain itu sedia untuk kehilangan separuh daripada gajinya musim ini di Arab Saudi. Dan dia juga sedia membayar €7 juta cukai dikenakan kerajaan jika dia meninggalkan kelab itu sebelum kontrak tamat.

Di Arab Saudi, pemain pemain Liga Pro Saudi tidak dikenakan cukai. Namun kerajaan berhak meminta cukai itu jika ada pelanggaran kontrak berlaku.

Selain kelab EPL, gergasi Seri A, Juventus juga berminat mendapatkan Jordan Henderson.

Allegri menjadikan Henderson sasaran utamanya ketika ini. Dan dia juga sedia untuk menyertai kelab itu.

Henderson menyatakan dia mahu menyertai Juventus dengan kontrak 18 bulan. Namun Juve mahu menandatanganinya secara pinjaman untuk baki musim ini.

Henderson masih berharap dia akan dapat ke Juventus. Malangnya, hasrat itu tidak kesampaian. Kerana Al Ettifaq tidak mahu melepaskan pemain itu pada Januari.

Henderson yang menerima sehingga €700k seminggud di Saudi harus terus kekal sekurang kurangnya sehingga tamat musim ini.

Henderson dikatakan tidak gembira bermain di Arab Saudi. Terutama sekali atmosfera bola sepak di Arab Saudi yang tidak sama dengan eropah.

Selain Juventus, kelab Belanda, Ajax juga berminat untuk mendapatkan khidmat bekas kapten Liverpool itu.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu