Alex Ferguson Menyesal Tak ‘Sign’ Henderson Sedangkan Pemain Itu Dalam Radar Scouting Beliau

Sir Alex Ferguson akhirnya tampil memberikan komen beliau tentang Jordan Henderson selepas kritikannya ke atas Jordan Henderson pada satu ketika dahulu.

Fergie malah menyesali keputusannya untuk tidak merekrut Jordan Henderson ke Manchester United. Dia mengakui bahawa dia “kehilangan orang yang baik”.

Jordan Henderson berada di radar Manchester United setelah menjalani musim yang hebat dengan Sunderland pada 2010/2011.

Namun Sir Alex Ferguson tidak menandatangani pemain tersebut yang ketika itu dikendalikan Steve Bruce – bekas anak didik Ferguson – kerana laporan bahagian medikal Man United yang menyatakan pemain itu mudah cedera.

Dan akhirnya, Liverpool yang berjaya mendapatkan pemain muda tersebut. The Reds menandatangani Jordan Henderson dengan kos hingga £20 juta, cukup mahal pada masa itu, tetapi sangat murah memandangkan apa yang telah dilakukannya untuk The Reds.

Jordan Henderson menjadi kapten yang membantu Liverpool menjulang Liga Juara Juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris. Beliau kini menjadi pemain tengah penting dalam skuad Jurgen Klopp.

Ferguson mendedahkan dalam otobiografinya tahun 2013 bahawa United sebenarnya menolak peluang untuk menandatangani Henderson. Kerana dia diberi amaran oleh pasukan perubatan kelab bahawa gaya larian pemain itu yang tidak berjengket, boleh menyebabkan masalah kecederaan pada kariernya.

“Kritikan dilontarkan oleh Brendan Rodgers tentang penilaian saya ke atas Jordan Henderson [seperti tertulis dalam buku]. Sedangkan cerita sebenarnya adalah kami sedia membida Henderson ketika dia di Sunderland.”

“Saya bercakap dengan Steve Bruce (pengurus Sunderland) dan dia sangat sukakan pemain itu,” tegas Ferguson.

“Kemudian jabatan perubatan kami mengatakan bahawa mereka tidak senang dengan gaya dia berlari – dia boleh menjadi jenis pemain yang selalu cedera. Saya harus mengatakan bahawa ini adalah sebahagian daripada pengurusan saya untuk memastikan pemain sentiasa tersedia bermain dalam banyak perlawanan.”

Ketakutan pasukan perubatan Man United itu terbukti salah kerana Jordan Henderson jarang mengalami kecederaan serius.

Namun, Sir Alex Ferguson menyedari bahawa apa yang dilakukan oleh pasukan perubatan pada masa itu hanyalah langkah pencegahan awal.

“Sekiranya anda menandatangani pemain dan dia tidak tersedia untuk anda, itu membuang masa, jadi itulah perkara yang harus saya sampaikan mengenai Jordan.”

“Kami menyuakainya sebagai pemain dan dia telah membuktikannya sekarang, dia luar biasa dan semua kisah yang saya ceritakan, mereka memberitahu bahawa saya kehilangan orang yang sangat baik.”

Sir Alex Ferguson tanpa dakwa dakwi merupakan pengurus paling berjaya dalam Liga Perdana Inggeris dan Man United. Pemain seperti Jordan Henderson adalah tipikal pemain yang memang beliau gemari. Pemain yang berstamina tinggi dan berdisiplin.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di