Alex Song: “Peduli Apa Dengan Minit Permainan, Tawaran Barca Buat Saya Auto Jutawan”

Alex Song berkongsi cerita bagaimana dia sebenarnya ke Barcelona hanya untuk menjadi jutawan. Bintang Cameroon itu memberitahu Marca bahawa beliau mendapat gaji £15,000 seminggu di Arsenal. Tetapi dia tak mampu menyimpan duit walau £100,000 dalam masa 8 tahun kerana dia seorang yang boros.

Alex Song menjadi pemain penting Wenger ketika di Arsenal. Wenger mengimpikan Song sebagai gandingan terbaik untuk tempoh yang lama bersama dengan pemain muda yang lain. Song menganggap projek itu sebagai projek pemain muda. Di mana Arsenal banyak menaikkan nama pemain muda seperti Fabregas, Walcott dan beliau sendiri.

Salah satu sebab projek itu dibuat oleh Wenger adalah kerana untuk mengurangkan bayaran bil gaji pemain kerana kos pembinaan stadium Emirates.

Oleh itu Wenger memburu pemain pemain muda ataupun dari akademi Arsenal untuk dimasukkan ke dalam pasukan utama. Mereka memiliki tangga gaji jauh lebih rendah.

Projek ini sebenarnya tidak disukai ramai pihak. Kerana ianya membuatkan Arsenal terlalu sukar menawarkan kontrak baharu kepada bintang mereka yang akhirnya pergi.

Tak dapat menabung walau £100k dalam 8 tahun

Selain itu, Arsenal juga tidak mendapatkan bintang besar kerana gaji. Song misalnya, Arsenal membayarnya £15k seminggu dan Barcelona menwarkannya £100k seminggu. Jauh beza tu kan?

Song berkata: “Saya bermain di Arsenal selama 8 tahun. Namun kontrak 4 tahun terakhir itu membuatkan hidup saya lebih baik. Gaji saya dinaikkan.”

“Namun saya boros, banyak membuang duit. Saya sentiasa pergi makan ke restauran mahal, pergi bercuti. 8 musim saya di Arsenal, saya malah tak dapat menyimpan £100k sekalipun.”

“Saya merasakan diri saya seorang jutawan, tetapi realtinya, sebaliknya pula. Saya dibayar £15k seminggu.”

Song mendedahkan, ketika dia masih muda, dia melihat kereta Thierry Henry yang cantik. Dia pun terus ke kedai kereta untuk membeli sebuah kereta yang sama.

“Saya menandatangani kontrak profesional saya yang pertama, dan saya sangat teruja. Saya datang ke latihan, melihat Henry datang dengan keretanya yang ada berlian. Saya bertekad, saya nak beli kereta yang sama, tak kira berapa mahal pun harganya.”

“Kerana saya pemain bola sepak, sangat mudah untuk mendapatkan kontrak beli kereta. Tinggal nak tandatangan kertas kontrak dan mereka terus bagi. Hari itu juga saya mendapat kereta yang sama dengan Henry.”

“Saya pergi ke latihan dan melihat Thierry Henry –  King [Henry] pula tiba di pusat latihan dengan kereta yang sangat cantik.”

“Saya pun cari kereta itu. Saya cakap kepada diri sendiri, saya nak kereta itu walau apa sekalipun harganya. Saya cari ejen kereta dan mereka menguruskannya. Saya pun dapat kereta yang sama macam King.”

“Namun saya tak tahan dengan kereta tu. Dua bulan je saya pakai. Wang saya habis digunakan isi minyak. Saya beritahu mereka, berikan saya Toyota. Kerata ni menyusahkan saya.”

“Hari berikutnya, Henry tanya saya: ‘Mana kereta mung Song?’. Saya kata kepada King, kereta tu terlalu tinggi level untuk orang macam saya.”

Song juga mendedahkan gaji beliau ketika mulai menyertai Arsenal.

“Ketika pertama kali saya sertai Arsenal, saya dapat £15,000 seminggu. Saya muda lagi masa tu, dan sangat teruja. Saya nak berdamping dengan mereka yang otai. Saya nak shopping di mana sahaja termasuk Jekel dan keluar ke kelab malam penuh kegilaan.”

“Selepas dua bulan, rabak juga akaun saya dibuatnya. Dan saya akhirnya mendapatkan kereta Toyota.”

Akibat terlalu mengejar kemewahan, Song menyatakan dia terlalu mudah menerima tawaran Barcelona walaupun terang terang Pengarah Sukan Barca ketika itu menyatakan bahawa dia tidak akan menjadi pemain utama, sebaliknya hanya pemain simpanan.

“Barcelona berminat nak mendapatkan tandatangan saya. Namun Pengarah Sukan mereka menyatakan bahawa dia tak jamin saya akan bermain banyak perlawanan bola sepak di sana. Selepas melihat kertas tawaran mereka, saya tak fikir dua kali.”

“Saya berkata, saya tidak memberikan persetubuhan (direct translate I D G A F mengelak carutan), saya tak kisah main ke tak, bak sini kertas kontrak tu. Sebab saya tahu, lepas ni saya akan menjadi jutawan.”

Selepas menyertai Barcelona, karier Song tidak sama lagi dengan ketika di Arsenal. Beliau bermain dengan pasukan yang sarat bintang. Namun seperti kata Song, dia tak kisah, janji jadi jutawan.

Alex Song menganggap karier terbaiknya adalah ketika di EPL bersama dengan Wenger. Song menjadi pemain penting untuk pemain seperti Van Persie ketika pemain itu bermain aksi terbaik dalam kariernya di Arsenal.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di