Almiron Balas Ejekan Grealish Dengan Doakan Kejayaan Pemain Itu

Beberapa bulan lalu, Jack Grealish telah memperlekehkan Miguel Almiron ketika keraian piala oleh Manchester City.

Di mana pemain berbangsa Inggeris itu menyatakan dia berharap Pep Guardiola mengeluarkan Riyad Mahrez dalam aksi terlahir EPL musim lalu, kerana pemain itu mulai bermain teruk seperti Miguel Almiron.

Grealish ketika itu berkata: “Riyad, keluarkan dia segera, dia bermain seperti Almiron.”

Kenyataan pemain berharga £100 juta itu benar benar tidak disenangi ramai peminat bola sepak yang menganggap ianya agak biadap.

Musim ini Almiron menunjukkan prestasi terbaiknya. Berterusan mencetak dan mencipta gol untuk pasukannya.

Malah di media sosial mulai wujud ayat: Bermain seperti Almiron.

Prestasi cemerlangnya turut membolehkannya memenangi Anugerah Pemain Terbaik Bulanan EPL untuk Oktober 2022.

Ketika bercakap kepada wartawan sama ada prestasinya yang memuncak musim ini kerana komen Grealish yang membuatkannya mahu membuktikan sesuatu.

Almiron menegaskan bahawa ianya tiada kaitan dengan Grealish.

Almiron berkata: “Saya rasa, apa yang Jack Grealish cakap sebelum ini tiada langsung mempengaruhi prestasi saya yang cemerlang ketika ini.”

Seterusnya pemain Newcastle itu malah menyatakan kekagumannya ke atas Jack Grealish dan mendoakan kejayaan pemain itu.

Almiron menambah:

“Pertama sekali, Jack adalah pemain yang hebat. Dan saya mahu ucapkan selamat maju jaya [kepadanya].”

“Namun pencapaian ini adalah kerana kerja keras [saya selama ini].”

Miguel Almiron menjadi nadi penting Newcastle pada ketika ini. Pasukan tersebut dalam landasan terbaik untuk mencabar tempat ke Eropah pada musim hadapan.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi