Amanda: “Macamana Nak Beli Star Kalau Pusat Latihan Terlalu Teruk Macam Ni?”1

PIF, konsortium Arab Saudi yang menjadi pemilik baharu Newcastle terkejut melihat pusat latihan Newcastle yang teruk.

Perkara ini sebenarnya sudah dibangkitkan oleh bekas pengurus mereka, Rafa Benitez yang menyatakan bahawa dia sangat kecewa Mike Ashley menipunya soal pusat latihan.

Rafa ketika itu berkata, Mike Ashley tidak memberikan dana pembelian pemain yang lebih sikit kepadanya kerana mahu memperbaiki pusat latihan.

Malangnya menurut Rafa, mereka hanya mengecat bahagian pintu depan pusat latihan. Ianya agar nampak cantik secara kosmetik dari luar. Namun di dalamnya, kelengkapan yang banyak yang tak ada.

Malah sudah beberapa tahun pemain peman Newcastle tidak menikmati jakuzi yang sebaiknya ataupun tempat mandi ais untuk pemulihan.

Yang ada hanyalah tempat asal ada je.

Dalam temuramah dengan George Caulkin daripada The Times, Benitez berkata: “Saya agak kecewa kerana kita gagal untuk mencapai lebih banyak lagi. Kita gagal untuk bersaing dan mencapai potensi terbaik untuk kelab luar biasa ini.”

“Apa yang saya katakan pada hari pertama – saya masih berpandangan sama pada hari ini – saya nampak potensi pasukan ini, kelab ini, bandar ini dan para penyokong.”

“Anda tidak akan mampu pergi meninggalkan tempat anda dengan 9,000 penyokong bersama anda jika anda tiada potensi. Ini bermakna, ada perkara yang besar di situ. Paling penting, ianya akan kekal selagi-lagi anda menguruskannya sebaiknya.”

“Saya mahu kekal, 100%. Saya mahu membangunkan projek di sini, menjadi kompetitif, bersaing untuk mendapatkan piala dan menamatkan saingan di kedudukan paling tinggi yang kita mampu dalam liga. Namun kamu harus ada alat.”

“Jika tidak, kamu akan menderita, kerana kamu akan berada di dasar liga, setiap mata akan menjadi sangat penting. Dan kamu tahu setiap kesilapan itu bermaksud penyingkiran – itu akan menjadi malapetaka kepada seluruh bandar ini.”

“Jika orang di atas sana ada idea yang sama dengan saya, maka saya akan terus kekal di sana.”

“Ya, kami tiada perkara itu [kepercayaan]. Jadi saya harus memilih. Sebenarnya saya pada awalnya merasakan mereka akan gembira jika saya kekal, namun selepas itu kami ada pandangan yang berbeza tentang bagaimana kamu harus bergerak ke hadapan. Saya sudah tidak nampak sokongan mereka.”

“Saya tidak nampak lagi semangat sepertimana yang saya rasa pada mula dulu.”

Rafael Benitez turut memberitahu bahawa pihak pengurusan menipu beliau tentang isu melibatkan pembinaan pusat latihan yang baharu.

“Mereka memberikan saya pelan untuk pembinaan pusat latihan yang baharu. Saya sudah bercakap dengan arkitek agar mengubah beberapa perkara.”

“Namun selepas beberapa tahun, yang mereka lakukan hanyalah mengecat dinding.”

Bagi Benitez, pengurusan yang tidak mementingkan soal fasiliti dan kemudahan akan menyukarkan kelab menarik para pemain masuk. Ini kerana ramai pemain mahu membangun dalam suasana yang kondusif.

“Jika kamu mahu menarik pemain datang – fasiliti sangat penting, kemudian kontrak, seterusnya bandar ini, cara kamu berhubung dengan ejen pemain.”

“Jika kamu mahukan pemain-pemain gembira, kamu harus terus memperbaiki apa yang ada. Jika kamu mahukan atmosfera yang bagus, hubungan yang sangat kuat di kalangan semua orang, kamu harus memberikan pemain fasiliti yang sebaiknya – dan juga pastikan mereka gembira ketika keluar bersama-sama.”

“Kita dapat lihat perkara seperti itu di kebanyakan kelab. Kerana itulah cara sebaiknya.”

Kehadiran PIF telah membuatkan pengurusan tertinggi mereka mememeriksa keadaan di sekitar kelab. Amanda Staveley yang merupakan orang pentng PIF telah menyatakan bahawa mereka sangat kecewa dengan pusat latihan Newcastle yang disimpulkannya sebagai teruk.

Staveley berjanji akan membawa masuk pemain bintang, namun menurutnya, perkara pertama mereka harus lakukan adalah memperbaiki fasiliti di pusat latihan. Barulah kelab boleh membawa masuk pemain bintang dengan bangga dan tak malu.

“Pemain ni kena ada pusat latihan yang sebaiknya, perkakasan dan kelengkapan perubatan yang sebeiknya. Saya rasa St James Park memerlukan sedikit kasih sayang. Pusat latihan di Darsley Park sangat teruk.”

“Tiada gunanya memiliki pemain bintang jika pusat latihan kita jauh daripada sesuai untuk mereka mereka berlatih,” kata Amanda Staveley.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi