Analisis: Bagaimana Gandingan Fred Dan Bruno Fernandes Selesaikan Isu Pogba

Gandingan dua pemain tengah ini ketika aksi berhadapan dengan Chelsea membuktikan bahawa Man United tidak terdesak untuk menagih khidmat Pogba.

Mereka berdua memberikan dinamik yang sangat baik di atas padang. Sepertinya sudah beraksi bersama sudah beberapa musim.

Padahal mereka baru je bermain 2 perlawanan.

Pogba nak keluar?

Pogba sekali lagi dikaitkan dengan rengekannya mahu ke Juventus. Seperti mana yang dikatakan oleh ejen beliau sendiri.

Pogba antara pemain tengah yang terbaik di arena bola sepak hari ini. Man United pula seringkali dilabel terlalu bergantung kepada Pogba. Apabila Pogba tak ada United akan merosot teruk kualiti di tengah.

Namun sekarang, Ole Gunnar Solskjaer Ada opsyen yang lebih baik. Jika Pogba kekal ia akan memberikan United tambahan kualiti yang sangat kuat.

Malah Ole dikatakan membawa Bruno Fernandes kerana mahu membentuk bahagian tengah yang padu dengan adanya Pogba sekali.

Tetapi, jika Pogba nak pergi, United sudah boleh menarik nafas lega bahawa mereka kini bukanya pasukan Pogba.

Malah Roy Keane pun cakap, Pogba nak bla, silakan.

Ini kerana menurut Keane, kelemahan apabila memiliki Pogba ni bukan kerana pemain tu tak bagus tetapi perangai ejen beliau.

Gandingan Fred dan Bruno di atas padang sangat baik ketika di Stamford Bridge. Dan mereka sangat serasi.

Jadi Pogba selepas ini pastinya harus sedar bahawa beliau ada persaingan yang kuat.

Statistik Bruno Fernandes vs Chelsea

Beliau melakukan 80% ketepatan hantaran. Mencipta 3 peluang gol.

Seterusnya, sumbangan perdana beliau pastinya assist kepada Maguire. Sepakan penjuru yang sangat baik.

Bukan itu sahaja, malah beliau diundi pemain terbaik perlawanan.

Walaupun aku secara peribadi memilih Eric Bailly. Tetapi ok lah dapat kat Bruno ni.

Statistik Fred vs Chelsea

Fred adalah Pemain United yang paling progresif peningkatan beliau musim ini.

Selepas diberikan peranan lebih ofensif dan box to box, tenryata beliau memiliki permainan yang lebih mengujakan.

Lihat rekod beliau di sini:

Rumusan

Manchester United menang tak nak melepaskan Pogba. Namun jika berterusan keadaan perang antara kelab dan ejen, rasanya United tiada masalah melepaskan pemain itu sekarang.

Tetapi, pada masa yang sama kenalah invest beli pemain lagi untuk diletakkan di tengah dan juga no.9.

So far, aku rasa Fred ni player of the season untuk pasukan Man United. Saingan beliau adalah Marcus Rashford. Tapi tu lah, pemain tengah macam Fred ni selalunya jadi Unsung hero.

Apa yang boleh kita belajar daripada Fred ni adalah usaha dia untuk terus memperbaiki diri walaupun dikritik teruk oleh media dan penyokong sebelum ini.

Untuk Bruno, permulaan karier yang baik buat masa ini. Harap terus meningkat naik.

Jadi sekarang ini, apabila Pogba kekal, beliau akan menjadi sebahagian penting dan menguatkan lagi kualiti di tengah.

Tetapi jika Pogba nak pergi, impak dia tidak akan terlalu teruk.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di