Analisis Calon Pengurus United, Ini Ringkasan Falsafah Mereka

1. Julen Lopetegui

Defensive line: Medium high
Pressing: High pressing
Defending: High Pressing dan destroying di tengah
Fluiditi: Medium

Julen Lopetegui nama yang dianggap mengejutkan. Namun sebenarnya beliau seorang pengurus yang sangat baik biarpun keadaan kurang menjadi di Real Madrid.

Secara asasnya, Lopetegui menggemari bola sepak high pressing dengan binaan dari bawah.

Beliau suka menolak fullback ke atas untuk menjadi crosser. Jika Luke Shaw mampu mendapatkan form dia musim lalu, dia boleh menjadi pemain penting Lopetegui.

Dari segi formasi, Lopetegui gemarkan 4-3-3 atau 4-3-1-2.

Tidak seperti Pep Guardiola, dari segi fluiditi, Lopetegui sukakan fluiditi sederhana. Kerana beliau menumpukan aspek serangan pantas dari belakang sayap (deep wide) dan meletakkan pemain segera di dalam kotak penalti untuk menerima crossing.

Lopetegui sangat bergantung kepada pivot yang stabil dan efektif melindungi backline.

2. Brendan Rodgers

Defensive line: High line
Pressing: High pressing
Defending: High Pressing atau drop deep
Fluiditi: Medium

Brendan Rodgers antara pengurus yang baik dari segi sistem permainan moden berasaskan fluiditi. Ketika bersama Liverpool beliau membentuk sistem yang terlalu berani dengan pemain yang kurang berkualiti berbanding pasukan seperti City. Itupun dia mampu membawa Liverpool menamatkan musim di tangga kedua.

Dia belajar banyak daripada Liverpool selepas sistem dia ternyata memerlukan pengurusan taktikal lebih baik. Di Leicester dia berjaya mengubah Leicester daripada pasukan yang rigid berasaskan serangan balas kepada pasukan yang gemarkan aliran bola.

Rogders juga gemar dengan sistem binaan serangan daripada bawah.

Rogders sukakan formasi yang ada sokongan terus kepada no.9. Sama ada dengan seorang no.10 dalam sistem 4-4-1-1/4-5-1 ataupun 2 pemain sayap dalam sistem 4-3-3.

Seterusnya Rodgers sangat mementingkan dominasi di tengah. Gaya klasik Inggeris dikacukkan dalam sistem moden!

3. Zinedine Zidane

Defensive line: Low atau medium
Pressing: Medium pressing
Defending: Bertahan di central atau drop deep
Fluiditi: Medium

Zidane tipikal pengurus yang masih mengamalkan pendekatan pragmatik tetapi sangat berkesan. Senang cerita, taktikal Zidane adalah bergantung kepada midfield dinamo. Permainan simple tetapi efektif.

Di Real Madrid Zidane ada Casemiro, Kroos dan Modric yang konsisten bermain setiap minggu. Mereka adalah pemain yang menjadi core kepada sistem Zidane.

Di kala pengurus lain menjadi possession hunger, Zidane pula menekankan effectiveness dan tak perlu kejar penguasaan bola.

Zidane merupakan pengurus yang sangat bagus dalam perlawanan besar terutama sekali seperti UCL. Di mana dia sangat tahu cara untuk menyediakan taktikal untuk menang.

Dalam aksi liga Zidane seringkali bermasalah dengan isu taktikal. Kerana liga dan cup competitions adalah dua perkara berbeza.

Zidane mungkin sangat sesuai dengan United ketika ini. Selain itu Zidane seorang yang tahu cara menggunakan Ronaldo.

Pemain yang mahu bermain di dalam sistem Zidane perlu bersedia untuk berlari sepanjang 90 minit. Kerana pergerakan dalam unit itu sangat penting.

Zidane memfokuskan serangan pantas terutama sekali daripada situasi serangan balas. Kelebihan Zidane ni di mata pemilik kelab, dia boleh menguruskan pemain yang sedia ada dengan baik.

4. Erik Ten Hag

Defensive line: High line
Pressing: High pressing
Defending: Counterpressing/gegenpressing
Fluiditi: Ultra high

Jika mencari pengurus klon kepada Guardiola, inilah orangnya. Pengurus yang sanggup buat apa sahaja untuk mempertahankan falsafah taktikal. Dia akan memberitahu pemain, pergi ke padang sana dan tunjukkan siapa kau.

Ajax pernah bertandang ke Bernabeu, namun mereka tak takut untuk bermain sistem high pressing.

Dari segi formasi, pastinya 4-3-3 adalah pilihan. Saya pernah jelaskan bagaimana Ten Hag menggemari sistem overload di zon serangan.

Overload di sini bermaksud memenuhkan zon serangan dengan pemain pemain untuk memastikan wujud situasi 1 v 1 di sesuatu koridor. Atau bahasa ringkasnya, mewujudkan terus pertarungan teknikal antara pemain Ajax dengan pemain lawan.

Ini adalah rantaian ultra offensive Ajax ketika berhadapan dengan Borussia Dortmund.

Ianya berkembang menjadi 2-3-2-3.

Dan pada fasa yang lebih ofensif, mereka boleh membentuk formasi 2-3-5 ataung 3-2-5.

Ada bunyi bunyi Guardiola kan nombor nombor itu?

Ya! Sistem overload final third ini banyak digunakan oleh Guardiola.

Oleh sebab itu Ten Hag menjelaskan bahawa, para pemainnya tidak boleh tertidur (terleka) walaupun sekejap ketika mengaktifkan sistem ini.

Kerana mereka memiliki jumlah pemain yang sedikit di belakang selepas melaburkan ramai pemain di final third.

Jika tertidur, mereka boleh diserang balas dan hancur sekelip mata, terutama sekali berdepan lawan yang ada pemain berteknikal tinggi, boleh berlari laju dan berskil tinggi.

Selepas dua kemenangan dengan margin yang besar, Ten Hag berkata: “Kita harus terus tajam. Awal 20 minit, ada beberapa pemain kita yang menelan pil tidur.”

“Kamu tidak boleh membiarkan itu berlaku.”

“Sebab kita mahu mencapai sesuatu dengan pasukan ini.”

Sistem Ten Hag ini banyak meletakkan pemain secara terus bermain 1 lawan 1 dengan pemain lawan. Dan ini adalah di mana pemain menjadi 3rd man runner ataupun extra man yang tiba tiba datang dari belakang untuk membentuk serangan berlima.

5. Mauricio Pochettino

Defensive line: High line
Pressing: High pressing
Defending: Counterpressing/gegenpressing atau drop deep
Fluiditi: High

Tak susah nak tahu taktikal Pochettino ni. Ianya mirip kepada apa yang dilakukan Bielsa di Leeds kerana memang dia menggunakan falsafah murder ball Bielsa.

Pochettino adalah pengurus yang menekankan aspek killer pass dalam permainan untuk memecahkan celahan blok rendah lawan.

Beliau sukakan penguasaan bola yang tinggi dan permainan high pressing. Seterusnya, sistem permainan di bawah Pochettino adalah berasaskan build up dari bawah yang berkesan kemudian menekankan aspek ball progression.

Di mana akan ada seorang pemain sama ada dari bek atau tengah yang boleh membawa bola dari bawah ke atas dengan segera dan memberikan imapk.

Pochettino sangat menekankan aspek permainan di tengah. Kerana ianya akan menjadi kunci kestabilan pasukan.

6. Ralf Ragnick

Defensive line: High line
Pressing: High pressing
Defending: Counterpressing dan 1 v 1
Fluiditi: Medium high

Ralf Ragnick merupakan tokoh yang berjaya membentu blueprint kepada DNA taktikal di RB Leipzig.

Ragnick adalah pengurus yang suka menggunakan serangan berasaskan no.8. Dia membentuk sistem 4-2-2-2 wingerless wonder di Leipzig.

Sistem ini sangat cepat bertindak menyerbu ke dalam kotak serangan lawan.

Sistem yang menuntut stamina yang tinggi. Ketika bertahan Ragnick ada dua opsyen yang sangat biasa dia buat. Sama ada kau pergi press sekarang atau kau bertahan 1 v 1 dan pastinya kau menang bola.

Formasi 4-2-2-2 baru dalam bola sepak. Ia adalah formasi yang kembang mekar di Amerika Selatan. Cuma publisiti liga di Latin membuatkan kita tidak terlalu terdedah dengan formasi ini.

Misalnya pasukan emas Brazil dahulu suka dengan formasi ini.

Ia seperti formasi yang berasaskan back 4 yang lain. 2 CB dan 2 fullback.

Jadi, jika United serius mahu membentuk DNA taktikal dan meletakkan situasi mereka dalam reset button, Ragnick antara calon yang paling sesuai. Namun Ragnick dikenali dengan keegoannya tak akan tunduk dengan pemilik atau pengurusan tertinggi dalam situasi tertentu. Mungkin ini akan membuatkan Glazer tak akan mempertimbangkan beliau.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di