Analisis Cecchinello: “Revolusi Elbow Down Gaya Marquez Membuatkan Pelumba Generasi Baru Menonjol”

MotoGP musim ini telah melahirkan beberapa pemenang baharu di kelas premium. Sudah ada enam pemenang berbeza musim ini termasuk Fabio Quartararo, Franco Morbidelli, Miguel Oliveira, dan Brad Binder.

Menariknya, pada masa yang sama, beberapa pelumba senior telah bergelut dengan perlumbaan musim ini. Mereka ialah Valentino Rossi, Cal Crutchlow danAndrea Dovizioso.

Dovizioso pernang menjadi pemenang. Namun beliau tetap antara pelumba senior yang merasai ledakan daripada para penunggang muda ini.

Analisis yang menarik tetapi masuk akal dibuat oleh pemilik pasukan LCR Honda, Lucio Cecchinello.

Fenomena dan revolusi

Menurutnya, fenomena ini berlaku adalah kerana gaya perlumbaan pelumba muda yang lulus dari Moto2 dari generasi baharu, yang lebih sesuai dengan tayar Michelin semasa.

Analisis ini agak masuk akal, Kerana Marc Marquez juga dilahirkan daripada Moto2 dan begitu dominan di MotoGP sehingga dia mengalahkan pelumba yang telah menjadi raja seperti Rossi atau Jorge Lorenzo.

Marquez antara pelumba yang sangat berani dengan gaya tunggangan di selekoh.

Lebih-lebih lagi, Marc Marquez memperkenalkan gaya selekohan dengan siku atau bahu yang menyentuh trek.

Ada juga yang terciduk ketika cuba melakukannya.

Gaya ini kemudian ditiru oleh ramai graduan Moto2 yang lain.

Dan pada musim ini, batch generasi tersebut banyak berada dan dinaikkan ke MotoGP. Mereka menggunakan gaya tunggangan ini dan berjaya memberikan impak segera.

Menurut Analisis Lucio Cecchinello, beliuau mengatakan gaya perlumbaan siku sangat berguna untuk memaksimumkan tayar Michelin yang terkini.

Atas sebab ini, pelumba lama seperti Rossi, Dovizioso dan Crutchlow selalu menghadapi masalah dengan tayar Michelin. Mereka antara pelumba yang kerap mengkritik tayar Michelin.

“Pada masa ini terdapat evolusi gaya pemanduan di kalangan generasi penunggang muda. Cara anda menjauhkan diri dari motosikal dengan siku anda menyentuh trek, bukan hanya lutut anda,” kata Lucio Cecchinello.

Qartararo antara yang terbaik

Lihat bagaimana Fabio Quartararo melakukan gaya elbow down beliau dengan sangat lancar. Malah dalam satu video, Quartararo mempamerkan gayanya dengan elbow down dan shoulder down sekali.

Jadi sangat tepat sekali keputusan Yamaha menaikkan nama beliau ke pasukan kilang musim hadapan menggantikan Rossi.

Quartararo musim ini sudah memenangi 3 siri perlumbaan bersama dengan pasukan satelit Yamaha SRT.

Cecchinello menambah: “Oleh kerana kemampuan penunggang muda untuk menunggang dengan cara ini membuatkan mereka mengendalikan mesin MotoGP – dengan tayar Michelin – sebaik mungkin.”

“Gaya menunggang ini berfungsi dengan sangat berkesan, kerana anda mengalihkan lebih banyak beban ke pusat graviti motosikal sehingga daya sentrifugal dikurangkan.”

“Pelumba seperti Valentino Rossi atau bahkan Cal cenderung bergantung pada kedudukan standard pada motosikal. Perkembangan gaya tunggangan ini dapat diperhatikan dengan jelas pada hari ini,” tambah beliau lagi.

Lucio Cecchinello juga memberikan contoh apa yang dilakukan Marc Marquez.

Menurutnya, selalunya kerana gaya siku menyentuh trek ini, pelumba Repsol Honda dapat menyelamatkan dirinya ketika hampir terbabas dalam beberapa siri perlumbaan sebelum ini.

“Gaya menunggang ini diharapkan dapat diadaptasi oleh semua pelumba generasi muda yang akan kita lihat di Kejuaraan Dunia MotoGP di masa depan,” kata Lucio Cecchinello.

Marquez di Sepang 2015

Marquez pernah mempamerkan gaya ini ketika di Sepang pada 2015. Dan ketika itu ianya mulai menjadi perhatian ramai.

Sebenarnya gaya ini sudah lama digunakan oleh Marquez. Cuma gambar itu sangat unik di mana Marquez dengan sebelah tangannya membuat peace yo ala AC Mizal.

Keyakinan Marquez ketika melakukan elbow down membuatkan ramai yang tergamam pada ketika itu.

Namun selepas itu, gaya elbow down ini terus menjadi salah satu fenomena dalam taktikal motosikal.

Ianya secara tidak langsung menjadi satu revolusi yang membuatkan semua pelumba mahu mencubanya.

Marquez malah sudah menggunakan teknik ini ketika bersaing pada debut MotoGP beliau pada 2013 lagi.

Di Moto2 yang lebih bereksperimentasi berbanding kelas premium, mereka melatih para pemain muda gaya ini.

Valentino Rossi pada 2013, pernah bertanya kepada beberapa pelumba rookie yang ketika itu mulai menggunakan teknik elbow down.

Walaupun masa tu Rossi di kemuncak kariernya, namun beliau tak sombong untuk belajar.

Melihat kepada sejarah MotoGP teknik ini juga sebenarnya pernah digunakan buat pertama kali pada era 80-an oleh Jean-Philippe Ruggia.

Ruggia menjadi bualan ramai ketika itu menjadi terkenal karena aksi cornering dengan sikunya sampai menyentuh trek.

Beliau menonjolkan gaya itu buat pertama kali di Donnigton Park Inggris, kelas 250 cc 2-tak tahun 1988.

Siapa sangka pada hari ini gaya elbow down sudah menjadi salah satu silibus dalam akademi MotoGP terutama sekali di Moto2.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi