Analisis: Guardiola Koyakkan Pelan Taktikal ‘Inverted Playmaking Fullback’ Untuk Selamatkan 3 Mata

Pep Guardiola seorang pengurus yang idealisitik. Jadi kadangkala ideanya dianggap terlalu berlebihan sehingga merosakkan pasukan.

Terutama sekali dalam perlawanan besar, membuatkan Guardiola seringkali digelar overthinking.

Oleh sebab itu City antara pasukan yang kerap menukar kesebelasan utama mereka dan cara mereka bermain.

Inilah yang membuatkan City kadangkala berdepan isu sukar dan kompleks, kerana tak semua idea Guardiola itu boleh diterjemahkan di atas padang.

Namun seringkali dia berjaya menyediakan pelan pemulihan kepada kerosakan tatkikal yang dia buat. Itulah sebabnya kenapa City masih menjadi pasukan paling banyak kejuaraan EPL pada era Guardiola.

Dalam aksi menentang Arsenal, antara satu contoh dia memperbaiki idea taktikalnya yang rosak pada separuh masa pertama.

3 fasa perubahan taktikal Guardiola

Perkara itu diakui Erling Haaland yang menyatakan mereka memang membuat perubahan taktikal pada separuh masa kedua, cuma Haaland tidak tahu nak menjelaskannya macamana.

Pada separuh masa pertama, Guardiola menjadikan Bernardo Silva sebagai fullback. Kerana dia mahu pemain itu meniru peranan Joao Cancelo ataupun Oleksandr Zinchenko yang kini bermain untuk Arsenal.

Pep jelas masih merindui peranan Cancelo sebagai inverted playmaking fullback. Di mana dia boleh melakukan hantaran ataupun percubaan terus dengan cut inside.

Namun Guardiola mendapati bahawa sistem itu ada kelemahan yang jelas membuatkan hubungan antara bahagian tertentu tidak lancar.

Menolak Silva ke atas sebagai offensive fullback memberikan beban kerja yang banyak kepada Rodri untuk menutup ruang di belakangnya.

Guardiola kemudian menggunakan sistem yang lebih ofensif untuk Silva.

Menjadikan Kyle Walker sebagai back 3 bersama dengan Ruben Diaz dan Nathan Ake.

Jadi, Silva kini bermain wingback bersama sama dengan Mahrez jika Walker turun ke bawah sebagai back 3.

Namun ianya masih memberikan City masalah kerana mereka tidak dapat melakukan pressing yang baik ke atas Arsenal.

Selepas sejam aksi, Guardiola memasukkan Manuel Akanji. Dan inilah yang menjadi kunci utama kemenangan City.

Silva bermain di peranan lebih semulajadi dan tidak terlalu memikirkan soal bertahan di bawah.

Dia kini bermain di peranan no.10. Grealish di kiri dan De Bruyne di sayap kanan.

Pada fasa ini, City melakukan pressing di high line dengan jauh lebih baik. Mendedahkan Arsenal dengan lebih banyak masalah.

Membuatkan lawan melakukan kesilapan dan menghukum mereka dengan gol.

Arsenal penuh dengan kesilapan individu

Mungkin ini adalah perlawanan Arsenal yang paling banyak kesilapan individu musim ini.

Di mana mereka memberikan gol pertama kepada City kerana kesilapan hantaran Tomiyasu.

Kemudian gol kedua City pula kerana kesilapan hantara Gabriel.

Arsenal memiliki penguasaan bola yang tinggi dalam perlawanan ini. Namun mereka bergelut dari segi penyudah di hadapan gol.

Dan pada masa yang sama, kesilapan demi kesilapan yang dihukum membuatkan motivasi pemain mereka agak tercabar.

Arsenal memberikan masalah kepada City dari segi build up dari bawah. Itu kerja yang luar biasa dilakukan Arteta kali ini.

Tidak ramai jurulatih yang mampu memberikan masalah seperti itu kepada Guardiola. Kerana City sentiasa ada cara untuk keluar dari blok pressing itu.

Tetapi kali ini, City lebih bergantung kepada counter pressing berbanding build up dari bawah.

Rumusan

Arteta masih di kedudukan terbaik untuk menjuarai EPL, namun Guardiola tetap membuktikan bahawa dia masih cikgu taktikal Arteta yang lebih tahu apa yang cuba dilakukan Arteta.

Orang kata, guru tak akan ajar semua perkara kepada muridnya.

Guardiola dan Man City masih pasukan yang paling tidak digemari Arsenal terutama dalam liga. 11 pertemuan terakhir 11 kekakalahan.

Baca yang lain