Analisis: Melihat Kecerdasan Endrick Sebagai Floating Attacker Membuatkan Terengganu Huru Hara

Terengganu gagal bermain baik dan dikalahkan oleh Penang dengan skor 1-4. Sangat pedih melihat aksi Terengganu semalam.

Permulaan

Pulau Pinang dengan sistem 4-4-1-1 dengan Endrick Dos Santos menjadi penyerang kedua. Dan kadangkala menjadi penyerang kembar kepada Casagrande.

Peranan Endrick sangat penting dalam perlawanan ini. Dia membuatkan sistem Penang ini pantas untuk overloading space.

Manakala Terengganu pula bermula dengan sistem 4-1-4-1. Sama macam Penang, mereka bermain dengan sistem target man.

Struktur Penang

Seperti saya jelaskan di atas, Pulau Pinang menggunakan sistem 4-4-1-1 yang mirip kepada 4-4-2. Mereka kerap bertahan dengan 4-5-1.

Penang menggunakan double pivot pada kali ini dengan Rowley bersama dengan Fadhil Idris melindungi back 4 mereka.

Paling utama adalah 2 banks of four mereka. Endrick akan cepat untuk membantu 2 banks of four ketika bertahan untuk membentuk 4-5-1 ataupun 4-4-1-1 ketika bertahan.

2 banks of four pada yang tak tahu, konsep 2 garisan dengan setiap lapisan ada 4 pemain.

Ini contoh Endrick membentuk 4-5-1.

Pulau Pinang sangat cepat regroup untuk membentuk 2 banks of 4 ini.

Dan ini contoh Endrick di atas 2 banks of four dengan 4-4-1-1.

Apa yang pasti Pulau Pinang sangat jelas dengan sistem mereka dan pemain mereka cepat membentuk unit. Sebelum ini mereka bermain dengan 4-1-4-1 yang stagnant. Kali ini ianya berasaskan 2 banks of four. Sementara fluiditi pada Endrick sangat penting.

Peranan Endrick

Ini kepentingan Endrick kepada taktikal. Selain daripada kepentingan ketika bertahan, dia sangat bagus dalam menyerang.

Endrick boleh menjadi pemain di belakang target man yang sedia menyambar bola kedua di belakang.

Dan pada masa yang sama dia boleh berada di sebelah bahu target man untuk menjadi penyerang kembar.

Nafuzi tidak ada klu untuk mengawal Endrick yang merupakan floating attacker. Peranan ala false 9 giteww.

Menggunakan 4-1-4-1 dengan 1 dm yang bergelut sepanjang malam membuatkan Endrick sangat sangat run the show.

Lihat di sini, Endrick melakukan late run ke ruang di half space yang terbuka. Bukti bahawa peranan dia benar benar free role.

Masalah Terengganu

Selain daripada terlalu banyak neutral pass / hantaran tak bahaya seperti hantar ke tepi dan belekang, Terengganu juga tidak bermain dengan sistem target man lebih baik berbanding Pulau Pinang.

David Da Silva jelas sekali penyerang yang minta disuap dengan bola tinggi. Namun mereka ada 2 ball carrier dan dribbler yang kurang melakukan hantaran cross dalam perlawanan ini. Kalau ada pun, kualitinya sangat menyakitkan kali ini.

Agak mengejutkan kerana Faisal Halim sebelum ini sangat baik dalam crossi dan juga mencipta peluang.

Kesannya, banyak kali kita melihat David Da Silva menjadi pejalan kaki kerana isolated. Sistem serangan Terengganu rosak teruk. Kemasukan Faiz Nasir tak mengubah cara mereka bermain. Sebab pendekatan mereka di wing masih sama.

Pulau Pinang pula bermain dengan sistem target man lebih baik kerana kualiti servis mereka. Boleh dikatakan kesemua 4 gol mereka adalah kerana kualiti servis sama ada daripada permainan terbuka ataupun bola mati kepada target man.

Seterusnya masalah Terengganu adalah bola tinggi. Mereka melepaskan kesemua gol mereka kerana bola tinggi. Gagal pertarungan bola pertama dan juga bola kedua.

Gol pertama gagal terus dalam bola pertama di depan gol.

Gol kedua, gagal dalam bola pertama, dan gagal dalam bola kedua.

Gol ketiga sekali lagi crossing dan Penang menang terus memasukkan bola pertama.

Dan ini copy paste gol di atas:

Rumusan

Selepas Terenggangu cemerlang menentang JDT, mereka seolah olah pasukan yang terus tak berlatih dah. Macam tu la apa yang mereka gambarkan atas padang.

Trucha sekali lagi mengkaji lawannya dengan baik. Bermain dengan sistem double pivot berbanding lone pivot pilihan tepat untuk mematikan impak Konate.

Nafuzi harus memperbaiki aspek permainan target man dan juga bertahan bola tinggi yang lemah.

Pulau Pinang menang secara taktikal, fizikal dan teknikal dalam game ini. Mereka bolos pun sebab gol memang kelas A.

Endrick menjadi nadi penting mereka. Sementara tengah berempat mereka sangat baik kerana cepat naik dan cepat turun. Memang stamina mereka lebih baik.

Rowley dan Fadhil sangat bagus memberikan stabiliti dan perlindungan kepada back 4.

 

Baca yang lain