Analisis Menteri KBS: Sorakan 63k Penyokong Malaysia Punca Harimau Malaya Kalah

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tampil dengan analisis luar biasanya. Di mana dia menyatakan bahawa kekalahan pasukan Malaysia bukan kerana Farizal Marlias tetapi kerana sorakan penyokong yang terlalu padu.

Menurutnya situasi itu membuatkan pemain hilang fokus dan jadi keliru. Faizal membentangkan satu analisis yang sangat rare.

Pasukan Harimau Malaya tewas 1-2 dengan Bahrain dalam aksi kedua Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu lalu.

Malaysia mendahului terlebih dahulu sebelum Bahrain bangkit dengan 2 gol dan menang.

Faizal tidak gembira dengan faktor luaran telah mempengaruhi prestasi Malaysia iaitu kerana sorakan daripada lebih 67 ribu orang yang hadir pada masa itu.

Di mana para penyokong tiba tiba bersorak dengan girang selepas gol pertama dan membuatkan para pemain hilang fokus.

Dipetik daripada Harian Metro, Faizal berkata: “Seingat saya sejurus jaringan pertama kelihatan beberapa kelibat pemain di luar padang antaranya Guilherme De Paula akan dimasukkan ketika itu yang menyebabkan seluruh stadium bersorak.”

“Sorakan sedemikian menyebabkan pemain hilang fokus, sekali gus skuad kita terlepas daripada menjaringkan gol.”

Oleh itu Faizal selaku menteri KBS menyatakan bahawa kekalahan itu bukan 100% salah pemain. Kerana penyokong telah membuatkan fokus pemain ketika itu lari.

Dia menjelaskan, kalau dia berada di padang pada ketika itu, dan tiba tiba penyokong menjerit ramai ramai, dia pun akan hilang fokus.

Mungkin pak menteri kita lupa bahawa pemain profesional sudah hidup dengan sorakan penyokong ni sepanjang karier mereka. Tak kira sorakan sokongan atau sorakan makian pun ada. Ini asam garam dalam bola sepak.

Pep Guardiola sebelum ini pernah menyeru peminat City bersorak sekuat kuatnya sepanjang 90 minit dalam aksi penting untuk menentukan kejuaraan liga mereka.

Begitu juga Klopp, ketika Liverpool kalah 3-0 di Barcelona, dia menyeru peminat Liverpool memenuhkan Anfield dan memberikan atmosfera yang luar biasa dengan sorakan yang paling padu yang mungkin.

Malaysia kini akan membuat perhitungan terakhir menentang Bangladesh dalam usaha mahu mara secara merit selaku naib juara kumpulan yang ditentukan berdasarkan pasukan naib juara yang berada di tempat terbaik.

Harapan untuk Malaysia masih ada. Dan elakkan kesilapan mudah.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.