Analisis Taktikal: Pressing Dan Permainan Kombinasi Selangor vs Pahang Yang Rigid

Selangor memulakan langkah kanan dengan kemenangan 3-1 ke atas Pahang dalam saingan Liga Super. Perlawanan ini adalah pertarungan di antara dua pasukan yang memiliki fanbase besar, dan ianya adalah big game.

Pressing

Sebenarnya kedua dua pasukan jelas menekankan pressing yang berbeza dalam perlawanan ini. Selangor cuba bermain high pressing. Dan Pahang pula lebih rigid, di mana mereka akan drop deep lalu membentuk unit kompak untuk bertahan.

Lihat apa yang dilakukan pemain Pahang ini di sini, dia langsung tak berminat nak engage dengan bola lagi.

Selangor melakukan perubahan taktikal yang jelas dalam perlawanan ini. Musim lalu mereka memang ada cuba bermain high press kerana ada kualiti pemain yang bagus. Namun pressing kali ini nampak lebih ada ‘pemandu’. Dari awal Selangor akan cuba mendesak pemain pemain Pahang melakukan kesilapan di kawasana mereka sendiri. Jelas sekali Pahang tak selesa dengan pressing ini dan segera melambungkan bola.

Ini adalah beberpa contoh mereka melakukan counterpressing di kawasan lawan. Memang cantik untuk ditengok dan sesuai dengan kerja gaji beribu ribu.

Permainan kombinasi Selangor

Ini sebenarnya perkara paling penting dalam perlawanan ini. Selangor cuba bermain seberapa banyak permainan kombinasi. Mereka melakukan gerakan yang melibatkan one two, pass and move. Membuatkan Pahang sukar untuk mengekang mereka.

Selangor bermain dengan permainan yang mereka mahukan. Pahang gagal untuk menghalang mereka untuk menentukan aksi ini dengan cara mereka.

Di bawah ini antara permainan kombinasi Selangor. Namun malang sekali Shahrel Fikri memilih untuk cuba menewaskan penjaga gol dari sudut sukar itu berbanding mencipta peluang kepada rakannya. Ini adalah isu yang harus digariskan Selangor, mereka ada isu dengan decision makin di dalam kawasan serangan, walaupun build up dan pressing mereka dan nampak ok.

Pendekatan man v man dan counter attack Pahang

Seterusnya pendekatan Pahang ketika bertahan memang lebih kepada membentes berbanding dengan melakukan pertahanan secara taktikal. Mereka terlalu cepat untuk jatuh membentes lawan. Maldini ada berkata: “Jika saya melakukan bentesan, bermakna saya baru sahaja melakukan kesilapan sebelum itu.”

Selangor mungkin agak bergelut nak berdepan dengan permainan fizikal ini, namun dalam banyak situasi Selangor semakin memahami gaya permainan mereka dan banyak acahan dilakukan pemain Selangor kerana mereka tahu pemain Pahang akan membentes dan akan memberikan ruang di belakang mereka.

Seterusnya mereka jelas sekali bermain dengan sistem untuk menyerang balas lawan. Tetapi banyak serangan balas mereka berakhir dengan hantaran lemah dan dimatikan lawan. Di bawah ini antara serangan balas yang dalam situasi 2 vs 2. Namun Lee Tuck menyimpan bola terlalu lama dan Syahmi dengan berbesar hati melakukan tactical foul untuk kad kuning.

Dan selepas counter attack ini, Selangor mendapat gol. Jadi, Pahang sebenarnya bukan tak ada taktikal. Mereka ada, cuma perlaksanaan mereka agak carca merba.

Pahang respon lebih baik selepas gol kedua

Fasa permainan Pahang yang lebih baik adalah selepas bolos gol kedua. Mereka semakin mara ke hadapan dan memberikan Selangor masalah.

Dari pasukan Selangor pula, high pressing mereka mulai kendur. Saya percaya isu staminan memainkan peranan di sini. Mungkin kerana ini baru perlawanan pertama selepas rehat panjang? Dan jika masalah ini berterusan, Selangor akan berdepan risiko juga untuk berdepan dengan lawan yang memiliki staminan lebih tinggi.

Pendekatan high pressing mereka pada awal perlawanan terlalu menggunakan kudrat, mungkin itu salah satu sebabnya. Oleh itu, kerja rumah seterusnya untuk Selangor adalah cuba mengurangkan kudrat tu sedikit dan menekankan aspek kecerdasan secara taktikal.

Pahang jelas pasukan yang ada stamina lebih bagus kerana mereka tidak begitu banyak kerja pada awal perlawanan ini. Selangor kemudian memberikan talian hayat kepada Pahang apabila mereka melepaskan gol dari sepakan percuma yang sepatutnya boleh diselamatkan penjaga gol.

Kemudian Selangor mempersiakan peluang 1 lawan 1.

Mujur Oliver Buff menjadi wira penjaring gol ketiga pada saat genting perlawanan ini.

Rumusan

Selangor sudah ok di bahagian pressing namun tak begitu ok di bahagian build up dari belakang. Khairul Azhan tersepit dalam dua dunia. Di mana shape pasukan Selangor jelas menunjukkan mereka mahu bermain build up dari bawah. Khairul Azhan pula seringkali lambat melepaskan bola dan membuatkan dia ditekan ataupun ospyen dikurangkan.

Seterusnya pivot Selangor kena lebih laju turun menjadi halfback apabila build ini dibuat. Dari segi serangan, mereka telah mencuba bermain permainan kombinasi dan beberapa gerakan berjaya lolos ke kotak penalti. Namun decision making pada fasa penyudah menjadi isu. Oleh sebab itu secara teamplay, 2 daripada 3 gol Selangor adalah menerusi individual brilliance dan set piece, daripada berlambak permainan kombinasi mereka ada. Mereka boleh skor lebih banyak jika finishing diperbaiki.

Ya, yang penting gol dan menang. Anggap ini cuma pandangan dari sudut taktikal. Selangor sudah ada asas yang baik, cuma perlu perbaiki dan perkasakan. Jangan pula next game terus lain jadinya pula macams sebelum ni.

Bagi Pahang, banyak kerja yang perlu dilakukan. Lee Tuck bermain ikut suka dia dan tak berintergrasi dengan sistem di tengah. Bukan dia tak bagus, tetapi dia masih mencari rentak. Dia penting untuk Pahang musim ini.

Seterusnya, Pahang juga kena lebih kemas dalam perlaksanaan taktikal mereka. Jika mereka memilih taktikal pragmatik dan berasaskan serangan balas, pastikan ia dilaksanakan dengan lebih baik. Helmi Eliza masih menjadi tangan yang penting untuk Pahang.