Analisis: Tomiyasu Menang Semua Duels vs Burnley, Game Reader Yang Bagus

Takehiro Tomiyasu menunjukkan aksi luar biasa ketika berdepan dengan Burnley. Ramai awalnya menjangkakan Tomiyasu akan berdepan kesukaran dengan aksi fizikal dengan Burnley.

Ye la, dia kan budak baru di EPL dan pada masa yang sama dari Asia.

Namun ternyata, Tomiyasu menjadi sebab kenapa Arsenal tidak diancam dengan duel dengan lebih banyak. Kredit juga kepada Gabriel Maghalhaes yang banyak memenangi duel udara.

Sebelum ini dalam perlawanan menentang Brentford, pertahanan Arsenal bergelut dengan duel udara dan duel fizikal.

Tetapi Tomiyasu memberikan suntikan fizikaliti yang bagus. Sukar untuk dipercayai pemain dari Jepun itu memenangi kesemua duels dalam perlawanan ini terutama sekali duels udara.

Duels bermaksud pertarungan sesama pemain. Tomiyasu terlibat dalam 5 duels sepanjang perlawanan.

Bukan itu sahaja beliau menjadi pemain paling banyak touches dengan 79. Dari segi kerja kerja bertahan, Tomiyasu memenangi semula bola / recoveries sebanyak 5 kali.

Seterusnya, jejaka Jepun itu juga melakukan 5 clearances, 1 pintasan dan hanya 1 bentesan.

Kerana aspek bentesan bukanlah elemen penting permainan Tomiyasu. Dia lebih kepada game reader.

 

Dalam wawancara ketika dia menyertai Arsenal, Tomiyasu berkata: “Saya pemain yang cerdas, boleh membaca situasi sebelum ianya berlaku.”

Sebelum ini Arsenal berdepan dengan beberapa aksi cemerkap pertahanan kerana kelemahan game reading mereka.

Ada juga yang meragui sama ada Tomiyasu benar benar side back yang baik. Kerana dia seringkali bertukar tukar peranan sebagai center back sebelum ini ketika di Itali.

Arsenal bukanlah bermain dengan sangat bagus dalam perlawanan ini. Boleh sahaja mereka kehilangan 3 mata. Namun aksi pertahanan mereka terutama sekali Tomiyasu dan Gabriel serta Aaron Ramsdale benar benar layak diberikan pujian.

Selepas tamat perlawanan Arteta dan pemain pemain Arsenal memberikan penghargaan mereka kepada Takehiro Tomiyasu.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu