Analisis Wenger Jelaskan Fred Adalah Faktor Penting Yang Mengejutkan Dalam Kebangkitan United

Arsene Wenger tampil memberikan pujian kepada Manchester United dalam analisis taktikalnya di BeIN Sports.

Man United tampil dengan aksi kebangkitan sebagai Man United klasik yang kita kenali, ketika mereka ketinggalan 0-2 di tangan Atalanta.

Ini adalah Man United seperti era Ole Gunnar Solskjaer sebagai pemain satu ketka dahulu.

Analisis Wenger

Wenger merasakan bahawa pasukan United pada separuh masa kedua berhak mendapat segala pujian.

United melakukan kebangkitan 3 gol pada separuh masa kedua dengan gol menerusi Marcus Rashford, Harry Maguire dan superstar Cristiano Ronaldo.

Manchester United sedar bahawa perlawanan ini adalah wajib menang selepas hanya menang 2 kali, seri sekali dan kalah 4 kali dalam 7 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Boleh dikatakan prestasi tersebut tidak cukup bagus buat Man United yang sudah berbelanja besar pada musim ini. Masa depan Ole Gunnar Solskjaer juga menjadi persoalan.

Menurut Wenger, Atalanta bergelut dengan intensiti dan aksi pantas United pada separuh masa kedua. Seterusnya mengulas tentang gol Ronaldo, Wenger menyatakan bahawa ianya tidak akan pernah menjadi perkara kebetulan.

Wenger berkata: “Atalanta tidak dapat menahan pace yang ada pada Man United pada separuh masa kedua.”

“Tak akan pernah kebetulan apabila Ronaldo tampil dengan jaringan tandukan cantik itu.”

Wenger: Fred mengejutkan saya

Selain itu, Wenger menegaskan bahawa bintang Man United, Fred tampil dengan pakej kejutan ketika membantu pasukannya bangkit berdepan Atalanta.

Di mana pemain itu sangat rajin dan berada di mana sahaja di atas padang.

Wenger berkata: “Pada pandangan saya, Pogba bermain baik sekali. Namun secara peribadi saya mahu menggariskan prestasi Fred pada separuh masa kedua.”

“Fred melakukan beberapa cross ke dalam kotak penalti dan dia juga sangat luar biasa ketika bertahan.”

“Dia bekerja keras dengan luar biasa sekali pada separuh masa kedua.”

Fred telah menerima banyak kritikan kerana prestasinya dalam beberapa perlawanan United sebelum ini.

Namun ketika beraksi dengan pasukan kebangsaan Brazil, Fred tampil dengan sangat baik sekali.

Berdepan dengan Atalanta, walaupun terlepas beberapa peluang keemasan di hadapan gol, namun Fred menjadi faktor penting kebangkitan United.

Beliau membantu mengekalkan tempo permainan yang sangat tinggi pada separuh masa kedua. Membantu memintas dan membentes lawan ketika Atalanta cuba menyerang belas.

Harus diakui Fred ada isu dengan konsistensi. Namun prestasi dia berdepan dengan Atalanta sangat baik. Kalau tidak, takkanlah salah seorang pengurus terbaik dalam sejarah bola sepak memuji beliau.

Apa yang Fred harus lakukan ialah mengekalkan prestasinya. Namun harus juga diakui bahawa Fred akan sentiasa lebih efektif dalam sistem yang ofensif dan intensif.

Man United langsung tidak membenarkan Atalanta bermain permainan mereka pada separuh masa kedua. Walaupun Atalanta berjaya keluar beberapa kali daripada tekanan United dengan serangan balas mereka.

Baca yang lain