Andre Onana: Kisah Pahit Manis Wira Inter Ke Final UCL

Andre Onana tidak melanjutkan kontraknya dengan Ajax. Dan memutuskan untuk menyertai Inter secara percuma.

Sebelum itu, Onana digantung 12 bulan daripada bola sepak, kerana penggunaan barang terlarang, Furosemide.

Onana membele dirinya menyatakan bahawa dia tidak sengaja memasukkan kandungan dadah itu ke dalam badannya.

Sebaliknya dia menegaskan, barang terlarang itu masuk ke badannya menerusi ubatan yang diberikan isterinya.

Onana menjadi antara penjaga gol paling dikehendaki di Eropah selepas aksi cemerlang dalam UCL pada 2019.

Pemain yang dianggap modern goal keeper itu memiliki corak permainan yang berasaskan banyak bermain bola di kaki.

Segalanya sangat sukar buat Onana. Dia mengakui berdepan dengan tekanan.

Dia kembali semula ke mahkamah rayuan pada November 2021, dan mahkamah menerima rayuannya dengan mengurangkan hukumannya kepada 9 bulan.

Kontraknya dengan Ajax berakhir, dan dia tidak setuju untuk melanjutkan kontrak dengan Ajax. Ini selepas kelab itu meletakkannya dalam senarai untuk dijual ketika dia masih digantung.

Onana tidak selesa dengan layanan kelab itu kepadanya.

Dia bermain dengan Inter dan akhirnya kembali semula ke pasukan kebangsaan.

Onana kemudian merampas kedudukan no.1 daripada Samir Handanovic.

Namun ketika di Piala Dunia 2022, dia telah memutuskan untuk tidak mahu bermain perlawanan kedua. Selepas diminta oleh pengurus Rigobert Song untuk bermain dengan corak permainan klasik.

Onana menyatakan bahawa dia tidak boleh semudah itu mengubah corak permaiannya.

Dan mempersoalkan, kenapa Song memanggilnya ke dalam pasukan kebangsaan jika dia meraakan corak permainan Onana tidak sesuai dengan taktikalnya.

Onana dilaporkan bergaduh dengan pengurusnya berkenaan dengan taktikal. Dan membuatkan dia diarahkan meninggalkan kem pasukan Cameroon serta merta.

Onana kemudian memutuskan untuk bersara daripada peringkat antarabangsa.

Dia mendapat banyak kecaman. Dituduh pemain yang sangat bermasalah. Buktinya, dia sebelum ini terlibat dengan masalah berkaitan barang terlarang. Dan sekarang dia pula tidak mahu mengikut arahan taktikal pengurusnya.

Kembali ke Inter, Onana melalui kempen yang sukar bersama Inter di peringkat domestik. Namun di peringkat UCL, ceritanya berbeza sekali.

Dia ketika ini menjadi penjaga gol paling menonjol musim ini dalam UCL.

Membantu kelab itu mara ke final UCL 2022/23. Final pertama Inter di UCL sejak 2010. Di mana pada 2010, mereka menamatkan musim dengan kejuaraan treble.

Dia menjadi pemain yang cemerlang dalam aksi berdepan AC Milan di separuh akhir.

Andre Onana nampaknya menjadi pemain yang menggemari derbi Milan.

Dia pemain paling banyak melakukan clean sheets dalam UCL pada musim 2022/23. Dia juga merupakan pemain yang paling banyak saves dalam UCL pada kali ini.

Kebangkitan Onana ini benar benar luar biasa. Membuatkan bos lamanya, Erik Ten Hag dilaporkan berminat untuk mendapatkan Onana di masa akan datang bagi menggantikan David De Gea.

Chelsea juga turut dikaitkan sekali lagi dengan Onana.

Buat masa ini, Inter Milan tidak berhasrat untuk menjual pemain yang mereka baru tandatangani musim ini.

Kini Onana hanya dipisahkan 90 minit daripada sejarah luar biasa iaitu trofi Liga Juara Juara Eropah.

Dia pernah mara sehingga ke separuh akhir ketika bersama Ajax namun dihampakan dalam aksi separuh akhir dramatik menentang Spurs.

Onana berpeluang untuk menjadi legenda Inter yang akan dikenang selama lamanya.

Baca yang lain