Antara 10 Filem Stephen Chow Yang Power Dan Kelakar

Nama Stephen Chow bukannya asing. Beliau digelar sebagai raja komedi dalam industri perfileman Hong Kong.

Malah dalam satu tinjauan dibuat, nama Stephen Chow dianggap setaraf dengan Jackie Chan, Jet Li dan Chow Yun-fat sebagai bintang dari Hong Kong tang paling dikenali di dunia.

Beliau memulakan kariernya di tv menerusi program kanak-kanak 430 Space Shuttle. Beliau memenangi beberapa anugerah daripada siri ini dan dia kemudian mahu melangkah lebih jauh kerana percaya kepada bakatnya.

Stephen Chow Sing-chi telah berlakon, menerbit dan mengarahkan lebih 70 filem. Berikut adalah antara 11 filem terbaik Stephen Chow (headline cakap 10. sebab tadi silap kira. Kahkah)

11. All for the Winner – 1990

Ceritanya agak menarik apabila filem ini direject oleh TVB kerana terlalu pendek. Namun filem ini mendapat sambutan luar biasa.

Filem ini adalah parodi kepada filem popular Chow Yun-fat – God of Gamblers, namun ianya berjaya menarik peminat dengan cara tersendiri.

Inilah kali pertama Chow bergandingan dengan salah seorang rakan baiknya dalam industri iaitu Ng Man-tat di dalam skrin.

Selepas filem ini, semakin banyak media meramalkan Chow akan menjadi perkara yang harus diberikan perhatian.

10. All’s Well, Ends Well  – 1992

Jika korang peminat filem Hong Kong 90-an, pasti tahu naskah ini. Ia filem yang dihasilkan sempenah tahun baru Cina.

Filem yang sarat dengan komedi dan aksi parodi. Turut menampilkan beberapa nama besar seperti Maggie Cheung.

Filem ini menaikkan nama Stephen Chow di arena perfileman.

9. Fight Back to School – 1991

Kisah seorang pegawai polis menjadi undercover di sebuah sekolah untuk menyelesaikan masalah kehilangan senjata api pegawai atasannya.

Sing  (Stephen Chow) terpaksa bersekolah kerana mahu menyelamatkan kariernya. Dah la dia malas sekolah. Lalu dia berhadapan dengan pelbagai kesulitan.

Filem ini gabungan komedi aksi dan romantik.

8. King of Comedy -1999

Walaupun namanya King Of Comedy, namun filem ini bukanlah karya Stephen Chow yang paling kelakar. Tetapi filem ini dianggap sebagai filem penting dalam karier Chow yang menunjukkan keseriusannya dalam kualiti.

Stephen Chow bergandingan dengan Karen Mok dan debut oleh Cecilia Cheung yang selepas itu menjadi superstar.

Ramai pemerhati filem menyatakan filem ini adalah diinspirasikan oleh Chow daripada kehidupan awalnya sebagai pelakon yang berdepan banyak kesulitan.

7. From Beijing with Love – 1994

Filem yang popular dengan Spoof James Bond ini telah menjadi salah satu filem yang mendapat sambutan di negara Barat. Antara filem yang menaikkan populariti Chow di luar Hong Kong.

6. Justice, My Foot! – 1992

Stephen Chow memegang watak seorang peguam yang korup dengan banyak sekali sindiran dalam filem ini.

Beliau bergandingan dengan salah satu gandingan terbaiknya di layar perak iaitu Anita Mui. Dan tak lupa uncle Ng Man Tat kena ada.

5.  Love on Delivery  –  1994

Filem ini mungkin bukan filem yang popular seperti yang lain. Tetapi komedi dia sumpah kelakar nak mampus.

Mengisahkan seorang pemuda yang berlatih kungfu dengan guru kungfu yang agak tingtong dan nak menipunya. Tapi dia tak sedar.

Banyak aksi parodi dan jenaka di dalam filem ini. Dibintangi Stephen Chow, Christy Chung, dan Ng Mang-tat.

4. The God of Cookery – 1996

Filem ini juga salah satu filem beliau yang sangat kelakar. Mengisahkan seorang chef yang poyo telah dimalukan dan cuba bangkit semula.

Karen Mok juga boleh tahan kelakarnya dalam filem ini. Filem ini dirancang untuk di-remake di Hollywood dengan Stephen Chow sendiri menjadi pengarah. Tetapi watak utamanya, Jim Carrey.

Namun projek itu dibatalkan selepas Stephen Chow tidak mahu dikawal kebebasannya dalam banyak perkara termasuk pemilihan pelakon.

3. CJ7 – 2008

Filem ini mendapat kritikan teruk daripada segelintir pemerhati filem. Ini mungkin kerana penanda aras yang terlalu tinggi diletakkan oleh Stephen Chow dalam dua naskah sebelumnya iaitu Kungfu Hustle dan Shaolin Soccer.

Filem ini adalah yang sebenarnya sangat bagus. Terkandung unsur jenaka, kekeluargaan, inspirasi dan sci-fi.

Mengisahkan seorang ayah yang mahu anaknya bersekolah di sekolah orang kaya. Namun anaknya menjadi bahan cercaan kerana miskin.

Anaknya berkawan dengan satu mahkluk pelik bernama CJ7 yang ada superpower. Ayahnya kemudian meninggal dunia ketika bekerja.

2. Shaolin Soccer – 2001

Bukan peminat Stephen Chow la kalau tak pernah tengok filem yang dianggap karya yang menunjukkan bahawa Chow adalah masterstroke.

Mengisahkan sebuah pasukan bola sepak berasaskan kungfu mahu bermain di kejohanan besar. Banyak aksi kelakar dan sarat dengan CGI.

Kalau tak silap, ini filem terakhir Stephen Chow dengan Ng Man Tat bergandingan.

1. Kung Fu Hustle – 2004

Karya yang sangat legenda daripada Stephen Chow. Sampai menawan dunia. Filem ini berkisarkan lelaki yang mahu menjadi gangster telah terjerumus ke dalam satu masalah besar.

Sing telah dibelasah teruk seorang petarung kung fu luar biasa. Namun dia masih tak mati. Membuatkan pasangan kung fu yang merupakan tauke rumah sewa telah melatihnya untuk bertarung dengan orang jahat tu tadi.

Pengaruh filem ini sangat kuat. Bayangkan Eva Huang yang tak ada bercakap pun menjadi bintang selepas filem ini.

Notable List:

    • Out of the Dark (1995)
    • Forbidden City Cop (1996)
    • Royal Tramp (1992)
    • A Chinese Odyssey: Part One – Pandora’s Box (1995)
    • King of Beggars (1992)
    • Sixty Million Dollar Man (1995)

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan