Antonio Conte Mahu Tinggalkan Inter Milan

Antonio Conte baru sahaja mengendalikan Inter Milan selama semusim. Beliau telah memberikan impak yang bagus walaupun gagal memberikan piala kepada Inter.

Conte membantu Inter menamatkan liga di tanggan kedua dan menjadi naib juara sekali lagi dalam UEL.

Tetapi pengendali dari Itali itu sekali lagi memberikan gambaran bahawa beliau mungkin tidak akan kekal di Inter Milan.

Conte memberitahu Sky Itali: “Kami [Conte dan presiden Inter] akan bertemu pada minggu depan. Dan kita akan memutuskan tentang masa depan saya.”

“Saya tak pasti sama ada saya akan kekal menjadi pengurus Inter musim hadapan. Dan kita akan buat keputusan bersama sama.”

“Inter akan membuat perancangan sama ada dengan adanya saya ataupun tanpa saya.”

Kenapa Conte nak pergi?

Laporan di Itali menyebut sebelum ini bahawa Conte merasakan dirinya kurang dihargai di Inter Milan setelah kerja keras yang beliau berikan.

Walaupun Conte mendapat ramai pemain baharu ditandatangani beliau musim ini, namun itu tidak menggambarkan situasi yang sebenar.

Salah satu perkara yang membuatkan Conte kecewa adalah sikap pemilik kelab yang dikatakan mulai hilang kepercayaan ketika Inter Milan mulai kehilangan Serie A sebelum ini.

Conte menggambarkan pihak pengurusan tertinggi kelab mulai tidak yakin dengan projek yang beliau bina di Inter Milan.

Dan menggambarkan tidak ada seorang pun daripad lembaga pengarah yang mempertahankan beliau.

“Langsung tak ada penghargaan di atas apa yang saya buat, saya menerima hanya sedikit perlindungan daripada kelab.”

“Ada perkara yang hendak dibincangkan dengan Presiden, tetapi sekarang ini beliau berada di China.”

“Saya dipanggil ke Inter untuk projek tiga tahun, untuk membawa mereka kembali ke tempat yang mereka selayaknya berada,” kata Conte kepada Sky Sport Italia.

“Tidak dapat tidak, itu memerlukan masa. Saya datang ke sini dengan semangat yang tinggi. Saya mempunyai kepercayaan kepada projek ini.”

“Saya memulakan projek tiga tahun dan kontrak saya juga tiga tahun. Selepas itu, jika mereka ingin melanjutkan kontrak saya … Saya gembira, saya tahu masih ada perjalanan yang jauh.”

“Sekiranya semua orang gembira dengan kerja yang saya lakukan, dan saya rasa itulah yang terjadi sekarang, dari apa yang saya diberitahu, maka saya tidak melihat mengapa kita tidak harus meneruskannya.”

“Sekiranya mereka tidak senang dengan kerja yang saya lakukan maka saya tidak akan ragu-ragu untuk angkat kaki.”

Max Allegri jadi pilihan

Jika Antonio Conte meninggalkan Inter Milan, Max Allegri dilaporkan sebagai calon utama untuk mengisi jawatan di Inter Milan.

Allegri sebelum ini dikaitkan dengan kepulangan semula ke Juventus selepas pemecatan Sarri.

Namun jawatan itu kini milik bekas anak didiknya, Andrea Pirlo. Yang bermakna, Allegri masih lagi tidak ada pasukan.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di