Arda Turan Kembali Selepas 5 Bulan Dan Bersemuka Dengan Ultras Galatasaray Yang ‘Mengamuk’

Arda Turan akhirnya kembali semula ke atas padang selepas berehat panjang daripada kecederaan.

Sebelum ini Arda Turan beraksi buat kali terkahir pada 19 Ogos tahun lalu. Arda kemudian mengalami kecederaan pada ligamen kakinya. Dan berehat hanmpir 5 bulan.

Dalam aksi pertamanya bersama Galatasaray, Arda Turan dilihat tampil dengan fizikal yang agak out of shape kata orang putih.

Terdapat lebih kilo pada berat badannya. Dan dia perlu berusaha mengurangkan segera berat badannya selepas ini.

Imej Arda Turan yang agak kegemukan itu menjadi bualan ramai di media sosial.

Sebelum ini Arda Turan dianggap sebagai Messi Turki oleh media negaranya. Dia menjadi rebutan banyak kelab besar di Eropah terutama sekali selepas prestasi cemerlang bersama Atletico.

Arda kemudian menyertai Barcelona dengan penuh kontroversi melalui rundingan pintu belakang. La Liga mengenakan sekatan bermain 6 bulan ke atas Arda Turan.

Selepas itu kariernya di Barcelona tidak seindah yang dia harapkan. Arda Turan kemudian kembali semula ke Turki menyertai kelab Istanbul Basaksehir dan terlibat dalam kes serangan pengadil.

Dia digantung 16 perlawanan kerana menolak pengadil. Hukuman paling berat pernah dikenakan dalam liga Turki.

Tidak lama selepas itu dia terlibat dalam pergaduhan dan menimbulkan panik dengan mengeluarkan senjata api.

Arda Turan dihukum penjara 2 tahun dan 8 bulan. Namun ramai kemudian tak berpuas hati dengan keputusan kerajaan, kerana Arda Turan tidak menjalani hukuman di penjara. Sebaliknya berada dalam pemerhatian polis selama 5 tahun selepas insiden mematahkan hidung artis Turki, Berkay Sahin.

Jika dia melakukan kesalahan serupa dalam 5 tahun, dia akan terus dipenjara.

Kembali semula

Dalam perlawanan yang sama, Galatasaray tewas di tangan Guresunpor. Jaringan tunggal Magomed Suleymanov pada minit ke-11 mengejutkan pasukan tuan rumah di hadapan penyokong mereka sendiri.

Galatasaray melakukan 22 percubaan ke arah gawang Giresunspor dengan 7 percubaan tepat. Manakala Giresunspor hanya melakukan 6 percubaan sahaja dengan 3 percubaan tepat dilakukan.

Selepas tamat perlawanan Ultras Galatasaray memaki hamun pasukan mereka dan tidak berganjak dari curva. Kekalahan itu meletakan Galatasaray kini di tangga ke-11 dalam carta liga. Dengan 7 kemenangan 7 seri dan 7 kekalahan.

Arda Turan memberanikan dirinya selaku kapten, pergi bersemuka dengan ultras untuk meminta maaf mewakili rakan rakan sepasukannya yang lain.

Persembahan itu ternyata tidak dapat diterima kerana lawan mereka adalah pasukan yang turut berada di kelompok separuh bawahan liga.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari