Arsenal Dipuji Kerana Kaptenkan Zinchenko Tanda Solidariti Kemanusiaan

Dalam aksi antara Arsenal dan Leicester, tindakan terpuji Arsenal mendapat perhatian peminat bola sepak dunia.

Di mana Arsenal telah memberikan lilitan kapten kepada Oleksandr Zinchenko.

Ramai peminat awalnya terpinga pinga dengan kapten mereka. Martin Odegaard merupakan kapten utama Arsenal.

Ianya sebagai tanda solidariti kepada Ukraine sempena ulang tahun pertama negara tersebut diceroboh oleh Rusia.

Arteta menegaskan bahawa, Zinchenko benar benar terdesak mahu memenangi aksi semalam demi rakyatnya.

Lebih menarik apabila Arteta mendedahkan bahawa inisiatif tersebut adalah dicetuskan oleh pemain pemain Arsenal.

Dan kapten kelab, Martin Odegaard datang kepada Arteta dan menyatakan bahawa mereka mahu memberikan lilitan kapten kepada Odegaard dan Arteta menerimanya dengan berbesar hati.

Arteta berkata: “Ianya hebat sekali kerana ianya adalah satu inisiatif daripda para pemain. Martin Odegaard [kapten Arsenal] datang berjumpa saya semalam dan mahu menunjukkan isyarat tersebut dengan beliau.”

Di ruangan komen ramai memuji tindakan Arsenal yang dianggap menunjukkan class act daripada kelab itu.

Dan ramai juga mendoakan agar Arsenal akan berjaya menjuarai EPL musim ini di atas prestasi di atas padang dan juga tindakan mereka ini.

Zinchenko menyertai Arsenal awal musim ini. Dianggap sebagai pembelian penting Arteta dari Manchester City.

Arteta adalah alasan utama Zinchenko datang ke Arsenal memandangkan Arteta pernah menjadi jurulatihnya ketika di Man City.

 

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di