Arsenal Mahukan Coutinho, Tukar Dengan Guendouzi

Laporan oleh Mundo Deportivo di Sepanyol menyatakan bahawa bekas pemain Liverpool iaitu Philippe Coutinho sekali lagi menyatakan hasrat beliau untuk kembali semula ke Liga Perdana Inggeris.

Sebelum ini playmaker dari Brazil itu sudah menyatakan perkara yang sama namun ianya tidak dapat direalisasikan kerana beliau hanya mahu berpindah ke Liverpool sahaja.

Coutinho kini terbuka untuk menyertai pasukan lain selain daripada Liverpool.

Dan berita ini telah menarik perhatian Mikael Arteta yang mahukan perancang nombor 10 ini.

Ini ditambah dengan ejen kepada Coutinho – Kia Joorabchian – merupakan peminat tegar pasukan Arsenal.

Barcelona sekali lagi menyenaraikan nama Coutinho untuk dibeli ataupun dipinjam oleh pasukan lain.

Namun untuk kontrak pinjaman Barcelona mahukan kelab yang meminjam mempersetujui klausa opsyen pembelian tetap.

Arsenal turut terbuka menyertakan Mateo Guendouzi di dalam perjanjian itu.

Barcelona juga dilaporkan berminat dengan idea tersebut.

Guendouzi masih tidak sehaluan dengan pengurus baharu Arsenal iaitu Mikel Arteta.

Walaubagaimanapun Arsenal berdepan dengan masalah untuk memenuhi gaji pemain tersebut yang dikatakan sangat tinggi.

Pada ketika ini Arsenal masih lagi memiliki Mesut Ozil yang menerima gaji sebanyak £350,000 seminggu.

Nama pemain itu dalam dua musim ini memberikan kontribusi yang sangat minima.

Beberapa laporan di UK sebelum ini menyatakan bahawa Coutinho memberitahu Liverpool beliau sedia menerima potongan gaji jika kelab di Anfield itu mahukan khidmatnya.

Persoalannya, adakah beliau sanggup menerima pemotongan gaji untuk bermain di Arsenal?

Coutinho kini masih bersama dengan Bayern Munich untuk mengharungi kempen Liga juara-juara Eropah yang akan bermula pada bulan depan.

Beliau sudah menjaringkan 9 gol dan menyumbang lapan bantuan gol daripada 34 perlawanan untuk kelab Bavaria tersebut.

Namun apa yang menyedihkan adalah Bayern Munich masih tidak mahu menandatangani beliau secara tetap meskipun secara statistik ianya tidaklah teruk sangat.

Arsenal bergelut dengan situasi kewangan yang melanda kelab mereka selepas sekali lagi terlepas peluang beraksi di Liga juara-juara Eropah.

Harapan mereka adalah sekurang-kurangnya dapat beraksi di Liga Europa. Peluang terakhir Arsenal adalah dengan memenangi Piala FA Inggeris.

Di mana Arsenal akan berhadapan dengan Chelsea. Pasukan yang sama menghampuskan hasrat mereka untuk menggunakan tiket Vice Versa ke UCL pada musim lalu.

Baca yang lain