Arsene Wenger Belanja £ 205 Juta Beli Penyerang Untuk Arsenal, £ 109 Juta Dilakukan Pada Musim Terakhirnya

Pada bulan Ogos 1996 pengurus Arsenal, Bruce Rioch dipecat oleh kelab kerana perselisihannya dengan ahli lembaga pengarah berkaitan isu perpindahan pemain. Tempatnya diganti sementara oleh Stewart Houstan dan Pat Rice sebelum melantik Arsene Wenger pada hujung September tahun sama. Apa yang berlaku selepas itu, Rioch sebenarnya telah membawa masuk seorang penyerang yang menjadi lagenda kelab.

Dennis Bergkamp

Bergkamp dibeli dari Inter Milan dengan harga £7.5 Juta. Pada ketika itu agak sukar bagi kelab di Liga Perdana Inggeris menarik pemain dari Serie A datang kesana. Tugas Wenger menjadi lebih mudah ketika mengurus pasukan itu kerana sudah mempunyai seorang penyerang yang mempunyai reputasi berkelas dunia.

Arsenal menjuarai Liga Perdana pertama -dibawah label baharu- pada musim ke-2 Wenger disana. Wenger tidak melakukan sebarang major signing di barisan serangannya kecuali hanya menggunakan Bergkamp dan Ian Wright yang sudah tersedia sebelum ketibaannya.

Lebih manis Wenger menang 2 piala utama termasuk Piala FA pada musim tersebut (1997/98). Musim itu juga merupakan tahun terakhir Wright berada di Highbury sebelum menyertai West Ham (£500 ribu).

Walaupun tidak melakukan major signing, Wenger membuat pembelian bijak dengan membawa masuk pemain muda Paris St Germain, Nicolas Anelka dengan harga £500 ribu. Pemain ini menjadi penting pada musim ke-3 (1998/99) sebelum dijual ke Real Madrid dengan harga £22.3 Juta.

Jualan itu lebih dari mencukupi untuk Wenger menampung pembelian Nwanko Kanu (Inter Milan/£4.2 Juta) dan seorang lagi pemain muda kelab gergasi dunia, Thierry Henry (Juvetus/£11 juta). Henry pada akhirnya sebaris dengan Bergkamp menjadi lagenda kelab London itu.

Arsenal mewarnai cabarannya melalui gandingan Bergkamp-Henry selama 6 musim sebelum pemain Belanda itu bersara pada tahun 2006. Henry meneruskan semusim tanpa Bergkamp dan dia menyertai Barcelona setahun selepas itu.

Davor Suker (Real Madrid/£3.5 Juta), Jose Antonio Reyes (Sevilla/£10.5 Juta), Emmanuel Adebayor (Monaco/£3 Juta) merupakan penyerang yang dibeli Wenger ketika era Bergkamp-Henry. Kesemuanya tidak mampu mengatasi kehebatan 2 penyerang itu.

Dalam tempoh itu juga Wenger memecah rekod kelab apabila membeli Sylvain Wiltord dengan harga £13 Juta dari Bordeaux tetapi pemain Perancis ini gagal memberi impak besar kepada pasukan dan hanya mampu bertahan selama 3 musim sebelum menyertai Lyon secara percuma.

Kehebatan Wenger mungkin bukan terletak kepada major signing yang dilakukanya tetapi prospek yang dibelinya sering menjadi. Robin Van Persie dibeli dari Feyenoord, 2 musim sebelum era Bergkamp-Henry berakhir.

Van Persie hanya dibeli dengan harga £2.8 Juta, dia menjadi penyerang utama selepas Henry meninggalkan kelab. Sebelum itu Van Persie sekadar dibangunkan melalui status pemain simpanan selama 4 musim. Prestasi Van Persie tidak terhenti di Arsenal, pemain ini juga menjadi bintang Manchester United.

Ketika era Van Persie sedang berjalan dengan baik, Wenger membuat beberapa pelaburan dengan membeli beberapa penyerang muda baharu. Pengurus kelahiran Perancis ini mempromosi Niklas Bentner, membeli Eduardo (Guadalajara/£500 ribu) dan Marouane Chamarkh (Bordeaux/percuma).

Kesemuanya gagal menggambil alih tempat yang ditinggalkan Van Persie atas pelabagai faktor.

Ia memaksa Wenger membuat major singning sekali lagi, sesuatu yang dia kurang berjaya dapatkan penyerang bagus sebelum ini. Pasangan Perancis/Jerman Oliver Giroud (£9.6 Juta) dan Lucas Podolski (£14 Juta) menyertai Wenger pada musim 2012/13.

Arsenal kembali memenangi trofi utama melalui duo tersebut apabila menjuarai Piala FA 2 musim berturut-turut (2014,2015). Danny Welbeck dibeli dari Manchester United dengan tanda harga £16 Juta namun pemain ini tidak pernah berjaya disana.

Musim terakhir Wenger di kelab London itu dia melakukan 2 pembelian mega untuk mengukuhkan unit serangannya. Ia berikutan desakan yang lama dilakukan oleh peminat agar kelab ini tidak terlalu kedekut berbelanja.

Akhirnya Pierra-Emmerick Aubameyang dan Alexandre Laccazette dibeli dengan dana sebesar £109 Juta dan menjadi rekod pembelian kelab. Jika sebelum ini Wiltord hanya datang dengan nilai £13 Juta, gabungan penyerang baharu mereka lebih 8 kali ganda dari pelaburan 2000/01.

Memasuki musim ke-4 selepas pembelian mega tersebut, Arsenal tidak lagi membeli sebarang penyerang baru melalui 2 pengurus Unai Emery dan Mikel Arteta. Legasi penyerang semasa masih lagi peninggalan Wenger. Melalui penyerang ini mereka meraih Piala FA pada musim lepas.

Secara keseluruhannya Arsenal mengeluarkan wang sebanyak £ 205 juta sepanjang Wenger berada disana bagi membeli penyerang, £ 109 juta dari jumlah tersebut berlaku pada tahun terakhirnya berbanding £ 96 juta dalam tempoh 21 musim.

Wenger benar-benar marah dengan desakan peminat?

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di